Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berkawanlah Dengan Ikhlas, Lebih-Lebih Lagi Antara Guru & Ibu Bapa, Banyak Manfaat Akan Diperoleh, Terutamanya Buat Anak-Anak

No Comment
Gambar Hiasan

Hubungan baik yang terjalin akan memberikan kesan yang positif terhadap kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi jika ianya memberi manfaat kepada insan lain, seperti anak-anak kita.

Begitulah yang boleh diperolehi, jika guru dan ibu bapa dapat berganding bahu, dan menjalin hubungan yang baik antara satu sama lain.

Jika diikutkan terdapat banyak perkara baik yang akan diperoleh, antaranya telah dikongsikan oleh seorang guru ini, iaitu cikgu Mohd Fadli Salleh, akan kelebihan yang ada dalam membina hubungan baik dengan ibu bapa.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Gambar Hiasan

5 kelebihan berbaik dengan ibu bapa

Hubungan ibu bapa dan guru sepatutnya rapat. Kerana guru mengajar anak kita dan kita perlu tahu perkembangan anak-anak. Berikut antara kelebihan hubungan baik antara ibu bapa dan guru.

1. Pengurusan kelas lebih baik dan ceria

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Guru yang terbaik, buku yang terbaik dan persekitaran yang terbaik.

Ramai sahaja ibu bapa yang sudi membantu guru menceriakan kelas anak mereka, namun bukan semua guru kelas mesra ibu bapa. Aku kena akui hal ini.

Aku pernah melihat beberapa sahabatku yang punya hubungan yang baik dengan ibu bapa. Kelas dia ceria, kelas dia menarik, kelas dia cantik. Hampir 90% adalah sumbangan ibu bapa.

Malah, ibu bapa tersebut sanggup mengumpul dana membeli meja dan kerusi baru untuk satu kelas sedangkan kosnya melebihi rm3000. Langsir dijahit oleh ibu bapa, hiasan kelas juga, tidak terkecuali, ibu bapa sendiri datang waktu hujung minggu untuk mengecat kelas anak mereka.

Kerana apa? Kerana guru itu mempunyai hubungan baik dan rapat dengan semua ibu bapa murid kelasnya.
2. Membantu melatih murid dalam pertandingan

Jangan pandang rendah pada ibu bapa. Ada antara mereka bekas pemain bola negeri, bekas penyanyi, designer dan segala macam lagi.

Pernah ibu bapa yang hebat dalam koir, datang ke sekolah membantu murid kelas mereka dalam pertandingan koir. Dibimbing murid secara professional sehingga kumpulan koir kelas itu menang acara dalam pertandingan.

Ada ibu bapa yang hebat bermain bola, bola jaring, ragbi datang ke sekolah. Membantu guru melatih murid dalam sukan. Kerana mereka berpengalaman lebih luas, kerana mereka pernah ke peringkat lebih tinggi waktu mereka muda remaja dulu.

Tunjuk ajar dan kerjasama dari ibu bapa ini tidak berbayar. Walhal, jika mereka buat kelas di luar, hingga beribu orang gajikan atas kepakaran mereka.

Kenapa? Kerana hubungan guru dan ibu bapa itu baik dan rapat

Gambar Hiasan

3. Jamuan kelas lebih teratur

Aku melihat perbezaan nyata antara guru kelas yang punya hubungan baik dengan ibu bapa dan yang sebaliknya.

Kelas yang punya hubungan baik, setiap kali ada jamuan raya, jamuan akhir tahun dan sebagainya, susun atur dan makanan mereka mencukupi. Tidak membazir-bazir dan sangat meriah dengan hiasan seperti belon, topeng dan sebagainya. Semuanya di'sponsor' oleh ibu bapa.

Mereka berpakat elok, siapa yang bawa pizza, siapa yang bawa KFC, siapa pula yang masak sphagetti. Tukang buat air, yang bawa nasi, yang bawa jajan, yang bawa pencuci mulut. Semua lengkap dan sangat teratur.

Berbeza dengan kelas yang tiada hubungan baik. Kadangkala, sampai 8-9 orang murid bawa KFC. Berlambak-lambak hingga membazir. Tiada yang bawa pencuci mulut, tiada yang membawa kuih muih. Ada makanan yang membazir, ada pula yang tidak mencukupi.

Kerana apa? Kerana tiada kesepakatan. Kerana hubungan tidak rapat antara guru dan ibu bapa.

Gambar Hiasan

4. Bila ada kes, senang di selesaikan

Terkadang guru mendenda murid bila mereka melakukan kesilapan. Itu biasa. Itu salah satu dari proses pembelajaran.

Namun, jika hubungan ibu bapa dan murid tidak erat, salah faham cepat berlaku. Ibu bapa cepat melenting. Terus buat report ke pihak atasan, malah hingga ke balai polis dan mahkamah pun ada juga.

Namun jika kita rapat dengan ibu bapa, mereka akan bertanya dengan baik. Mendapat penjelasan dahulu. Walau terkadang memang salah itu dipihak guru, tapi ibu bapa diamkan.

Kenapa? Kerana hubungan ibu bapa dan guru dah seperti kawan. Takkan kawan nak dakwa kawan atas kes kecil kan?

5. Hari guru lebih meriah

Guru yang punya hubungan baik dengan ibu bapa, hadiah mereka lebih mewah. Sebab yang membeli dan memilih hadiah itu bukan murid mereka. Sebaliknya 'kawan' mereka.

Ya, ibu bapa sendiri yang pilih hadiah untuk meraikan kawan guru mereka. Kan untung berbaik dengan ibu bapa. Tapi jangan kau target nak dapat hadiah menarik baru nak berbaik-baik dengan ibu bapa.

Berkawanlah dengan ikhlas. Banyak manfaat yang akan kau dapat. Sungguh.

Cukup la dulu 5 kelebihan ini. Ada beberapa lagi yang aku nak tulis, tapi dah panjang sangat dah ni. Kau orang tambah kat ruangan komen la ya.

Oh ya, semalam aku terima pm dari seorang mahasiswi di semester 6 bertanya hal ini. Nur Anis Harliani namanya. Katanya untuk tugasan dia di semester 6 ini.

Maka malam ini aku menulis tentang hal ini.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli