Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beli Krim 'Skin Care' Dan Serum Timbang Kilo Dari Negera Jiran, Duduk Ruang Tamu Cedok Krim Masuk Bekas, Jual Atas Nama Sendiri

No Comment

Nampaknya sejak 2 3 hari ini, tular di laman sosial kisah krim kilo yang didakwa menjadi pilihan ramai 'founder' produk kecantikan di Malaysia untuk memilik produk atas jenama sendiri.

Boleh diliaht di laman sosial, begitu banyak produk-produk ini di jual di pasaran, kami akan dapatkan pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sama ada krim ini mendapat kelulusan kerana ianya kini dijual berlelusa terutamanya di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

berikut adalan perkongsian dari IIUM.

Jom kita baca bahaya produk 'rebranding' ini.

Assalamualaikum. Sekarang ni antara isu yang sedang tular adalah kes skincare yang dulunya gah tapi dah terbukti mengandungi bahan-bahan yang bahaya dan merosakkan kulit. 

Saya yakin, ramai yang sedia maklum dengan kewujudan skincare rebrand (penjenamaan semula) dan krim kilo, tapi berdasarkan komen-komen di kebanyakkan pos yang tular di media sosial sekarang, nampaknya masih ramai juga yang tidak terdedah dengan hal ini.

Apa itu Krim Kilo?



Krim Kilo ni rakan-rakan, adalah krim-krim kecantikan yang dihasilkan di negara jiran, dan jual secara kilo, timbang kati, untuk dibeli oleh golongan yang ingin jadi jutawan skincare dalam masa yang singkat. 

Rakan-rakan boleh buat carian #krimkilo di instagram, dan ribuan gambar akan muncul. Boleh lah kamu semua saksikan sendiri rupa krim-krim tersebut yang dijual dalam tub plastik, ikat jerut macam tu sahaja tanpa sebarang perlindungan. 

Boleh tengok sendiri juga kepelbagaian warna krim-krim tersebut. Merah jambu, hijau, jingga, semua ada. Pencuci muka papaya? Ya, boleh beli kilo-kilo juga. Jual dalam botol besar sahaja. Sabun? Hah, pilih la nak warna apa, siap tabur serbuk kilat-kilat lagi.

Kebanyakan founder skincare akan kata, “produk kami diformulasi oleh pakar” atau seangkatan dengannya. Tapi kalau betul diformulasi secara bertauliah, di mana kilangnya? Di mana makmalnya?

Memang la tak berani letak alamat kilang dan sebagainya, sebab memang tak ada pun. Duduk bersila di ruang tamu, cedok krim entah lah dengan utensil apa, masukkan dalam bekas (yang boleh dibeli secara borong di atas talian), lekat sticker, siap! Satu kilo krim dibeli dengan harga RM500 (ada pelbagai harga. Foundation selalunya lebih mahal), tapi repack semula dalam bekas 5gm, boleh dapat 200 bekas. Satu bekas jual RM28, dapat RM5600. 

Ya, untung sehingga RM5100, baru untuk satu jenis krim. Kalau jual sebekas tu RM35, kan dah beribu-riban keuntungan? Kalau jual satu set? Krim siang, krim malam, pencuci muka, sabun sebiji, memang la kau jutawan dah. Sekarang dah faham kan kenapa orang sanggup beli krim kilo dan pasarkan di Malaysia?



Dah banyak kali kan kita baca berita pasal local skincare yang bila kita berhenti pakai, tiba-tiba jerawat naik penuh muka. Banyak kali jugak terbukti ada bahan merbahaya seperti mercury dan sebagainya. Kenapa nak pakai lagi?

Pengasas produk rebrand sangat gemar mempromosi produk mereka sebagai “100% natural”. Tapi kalau dah warna sampai jingga terang benderang tu, natural apa nya lagi? Asal ada bendasing, mana boleh kata “natural”. Berdosa menipu pelanggan.

Sabun natural? Sabun, jika dibuat menggunakan “fragrance oil”, memang tidak natural ya. Tapi kesemua sabun krim kilo menggunakan fragrance oil, kerana fragrance lebih murah. Sebotol RM5 boleh buat 100 biji sabun. 


Serum

So berapa sen sangatlah harga sebiji sabun yang korang beli dgn harga RM10 (ada juga yang jual dengan harga RM50 ya Allah) tu. Sabun natural, dibuat menggunakan essential oil, yang harganya boleh mencecah RM80 sebotol. Sebab tu sabun natural mahal ya. Itu harga kualiti dan keselamatan.

Cara pengasas handle produk pun tidak terjamin. Kalau dibuat di kilang pun kadang-kadang masih diragui, apatah lagi yang dicedok menggunakan sudu sahaja di rumah, kan lebih ngeri?

Tarikh luput produk pula bagaimana? Produk skincare yang berjenama selalunya tarikh luput dikira 12 atau 18 bulan dari hari penutup dibuka. Tapi kalau produk krim kilo? Tarikh pengasah bukak plastik kah? Bukak tutup bukak tutup beg plastik tu nak cedok krim (ya lah, tak ada kilang atau makmal), tarikh mana ya yang para pengguna patut ikut?

Ada pengasas yang sentap. Katanya pengguna berkira, pengguna tak mahu support produk tempatan yang tiada nombor KKM. Kepada pengasas sekalian, selipar kalau putus, kita boleh beli baru. Tapi muka ada satu saja. Kalau rosak, siapa nak ganti? Sebab tu semua orang berhati-hati dan berkira dan beli produk yang tiada kelulusan.



Jangan ingat skincare sahaja dijual secara timbang kati. Kosmetik juga ya. Nama pun entah apa2. Hanya produk rebrand boleh buat perkara macam ni. Jenama dan syarikat yang betul-betul wujud akan ada orang yang betulkan nama yang dipilih sebelum dipasarkan.

“Kalau ada KKM, boleh percaya la kan?” Saya nasihatkan, jangan pernah henti berhati-hati. Sebab semua krim yang tiba-tiba terbukti ada mercury, satu ketika dulu ada KKM juga. Beli lah jenama yang memang dikenali dan terbukti selamat.

Krim kilo, juga dikenali sebagai local skincare (bukan semua ya) memang berleluasa di Malaysia. Cara nak kenal? Selalunya ada krim siang, krim malam, sabun sebiji, kadang-kadang tambah serum, facial cleanser, dan semuanya berwarna-warni. 



Mohon hati-hati ya, di negara lain tak ada krim siang malam ni. Nama brand pun, tak terbanding dengan jenama yang dah kukuh. Kalau dah ada brand dengan nama yang diyakini stabilnya, kenapa nak beli yang nama pun nampak sangat sambil-sambil tidur ja pilih? Siap salah tatabahasa lagi.

Nak sokong produk tempatan? Beli lah yang memang selamat, yang dijual di farmasi dan drugstore (watsons, guardian). Ada sebab kenapa krim kilo tak dapat dipasarkan di farmasi atau drugstore. Farmasi dan drugstore tentu ada piawaian tersendiri dan tak mungkin memasarkan produk sebarangan yang bahaya.

Jadilah pengguna yang bijak. Dah terlampau banyak kes salah pakai skincare. Beli lah yang dijual di farmasi dan drugstore, dijamin selamat. Bukanlah tujuan saya untuk menutup periuk nasi para pengasas skincare krim kilo, tapi hanya ingin membantu rakan-rakan supaya tidak terjebak dengan produk-produk yang membahayakan kulit dan kesihatan.

Sumber: IIUM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli