Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beli 3 Buah Rumah, Dalam Tempoh 3 Tahun, Dengan Skim Pencen Penjawat Awam, Faham & Hadam Konsep Yang Dikongsikan Ini Terlebih Dahulu

No Comment

Buat penjawat awam, anda diberikan peluang untuk memilih sama ada caruman KWSP atau pun skim pencen, yang mana ianya ditentukan selepas 3 tahun pertama bekerja.

Sudah semestinya, ramai yang memilih untuk skim pencen, namun, dengan 3 tahun pertama anda membuat potongan gaji untuk KWSP, anda sebenarnya boleh membeli rumah, dengan tambahan dari wang simpanan anda.

Bagaimana pula caranya? Menerusi perkongsian dari saudara Mohd Fadhli Mohd Fauzi ini, contoh perkiraan yang dikongsikan ini, boleh dijadikan rujukan dan gambaran bagaiamana proses ini berlaku.

Mari kita baca perkongsian darinya.


PENJAWAT AWAM SKIM PENCEN, BELI 3 RUMAH DALAM TEMPOH 3 TAHUN

Sebagai penjawat awam, kebiasaannya 3 tahun pertama anda perlu ambil skim KWSP sebelum disahkan jawatan dan membuat pilihan sama ada meneruskan skim KWSP atau memilih skim pencen.

Mari saya kongsi tips yang boleh anda praktikkan ikut kesesuaian sendiri untuk beli 3 buah rumah selepas menandatangani skim pencen.

Saya bagi tips dalam bentuk contoh. Sila hadam dan faham konsep baik-baik.

1. Andaian Gaji 3,000
Ini contoh sahaja.

2. Caruman KWSP untuk 3 tahun pertama

• Caruman Pekerja : ~ 242
• Caruman Majikan : ~ 393 (abaikan)
• Akaun 1 : 70%
• Akaun 2 : 30%

3. Simpanan 

• minimum 200/bulan (untuk beli rumah)

4. Selepas 3 tahun 

• Jumlah Caruman Pekerja : ~ 9,700 (andaian 5.6% div)
• Jumlah Simpanan (untuk beli rumah) : 7,200
• Total : 16,900

5. Sign Option Pencen

• Keluarkan semua RM9,700 dan campurkan dengan simpanan = 16,900
• Kini tiada lagi potongan 242 pada slip gaji (advantage : kelayakan pembiayaan lebih tinggi)

Foto: realestate
Beli 3 Buah Rumah

1. Kemampuan deposit 16,900 ✔

2. Kelayakan Pembiayaan Lebih Tinggi ✔

- Kerana tiada lagi potongan kwsp 242
- Anggaran kelayakan ialah 250,000 - 350,000 (bergantung kepada bank dan komitmen CCRIS)

3. Beli Rumah Pertama (125,000) 

- Subsale below market value
- Pembiayaan Bank MOF 100%
- Guna 12,500 untuk deposit (deposit lebih rendah jika below market value) dan claim cashback semula selepas full disbursement
- Baki simpanan untuk kos guaman dan pindahmilik
- Sewakan, penyewa bayar ansuran bank (sediakan dokumentasi)

4. Beli Rumah Kedua (125,000)

- Subsale below market value
- Pembiayaan bank MOF 90%
- Guna deposit tunai yang ada (dapat modal sifar / minima lagi baik)
- Sewakan, penyewa bayar ansuran bank (sediakan dokumentasi)

5. Beli Rumah Ketiga

- Pembiayaan perumahan kerajaan MOF 100%
- Gaji 3,000 kelayakan pembiayaan 340,000
- Boleh beli below market value 150,00 - 200,000
- Optional : kemudian jual rumah tadi pada market value dengan keuntungan (RPGT boleh pengecualian sekali seumur hidup) dan beli lagi rumah dengan pembiayaan kerajaan pada baki kelayakan iaitu harga 140,000 - 190,000

Ok, anda dah ada sekurang-kurangnya 3 buah rumah sebagai dana persaraan anda. Kutip hasil sewa, atau lakukan transaksi jual beli untuk tambah tabungan persaraan anda.

Jika rumah pertama dan kedua dapat aliran tunai positif (hasil sewa > kos rumah), ia boleh digunakan untuk bayar ansuran rumah ketiga atau dengan kata lain ialah duduk percuma!

Ini gameplan atas kertas sahaja dan perlu disesuaikan dengan diri masing-masing kerana keperluan dan kemahuan masing-masing tak sama. Ambil konsep sahaja kemudian pandai-pandailah. Masing-masing dah besar, kan.

Mohd Fadhli Mohd Fauzi
17 April 2017

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli