Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ardi Rizal Pernah Gemparkan Dunia, Hisap Rokok 40 Batang Sehari Pada Usia 2 Tahun, Perkembangan Terkini Beliau Selepas 7 Tahun


Mungkin ramai masih ingat akan kisah berlaku pada tahun 2010 lalu di mana seorang kanak-kanak dua tahun bernama Ardi Rizal yang berasal dari Indonesia mempunyai tabiat buruk iaitu merokok sekurang-kurangnya 40 batang sehari.

Video beliau menjadi tular di laman media sosial ketika itu di mana ramai masyarakat dunia mengecam tindakan berkenaan.


Tidak berapa lama selepas itu, telah wujudnya sebuah pendedahan bagaimana Ardi boleh mula merokok seawal usia 18 bulan, pendedahan berkenaan menyebut ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab menjadi punca.

Menurut ibu Ardi, Diane, Ardi akan mengamuk dan menjerit serta menghentakkan kepalanya ke dinding sekiranya tidak merokok selepas mengadu pening dan sakit sekiranya tidak mendapat rokok.

Bagaimanakan keadaan kanak-kanak ini selepas tujuh tahun berlalu? adakah dia masih merokok seperti biasa atau semakin teruk?

Apa yang dilakukan Ardi itu menjadi perbaincangan hangat di media sosial antarabangsa ketika itu menyebabkan kisahnya ini mendapat perhatian kerajaan Indonesia.




Memetik laporan laman littlethings.com, pada usia Ardi sembilan tahun ini, kanak-kanak ini sudah berjaya berhenti merokok selepas beberapa NGO dengan kerjasam pihak kerajaan telah memasukkan Ardi ke dalam program pemulihan dengan tujuan untuk menghentikan tabiat buruknya itu.

Tidak lama selepas tu, kerajaan Indonesia telah melancarkan satu kempen yang melarang kanak-kanak daripada merokok.


Ketika menerima rawatan pemulihan, untuk menghilangkan ketagihannya Ardi telah diberikan makanan ringan sebagai ganti menyebakan dia telah mengalami obesiti dan terpaksa melalui pelbagai rawatan lain untuk mengatasi masalah tersebut.

Orang yang bertanggungjawab untuk mengubah tabiat Ardi adalahseorang pakar psikiatri iaitu Dr. Kak Seto di mana dia telah berjaya menghentikan tabiat merokok dan memakan makanan ringan Ardi selepas itu.


Ardi telah menjalani beberapa sesi terapi bagi menghalangnya dari mengingati aktiviti merokok selain seorang pakar permakanan dipertanggungjawabkan untuk membuat menjaga diet yang sihat khas.

Kini Ardi sudah berjaya kembali sihat dan bebas dari tabiat merokok yang menyebabkan dia mula dikenali tujuh tahun lalu. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli