Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Admin Group WhatsApp di Malaysia Boleh Dikenakan Undang-Undang Jika Gagal Bendung Penyebaran Maklumat Palsu



Admin group WhatsApp boleh berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung dalam penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga boleh menggugat keselamatan negara.

Memetik laporan BH Online, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johori berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komuniasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan bagi mengambil tindakan terhadap admin kumpulan di aplikasi itu.

"Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes.  

"Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," kata beliau.

Tambah Jailani lagi, admin kumpulan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab mengawal ahli supaya tidak menyebarkan maklumat palsu.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli