Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

8 Peraturan Besar Dalam Pemasaran, Dalam Memastikan Perniagaan Mampu Untuk Terus Bersaing

No Comment
Foto: blokboek

Pemasaran merupakan salah satu aspek penting dalam apa jua perniagaan yang kita jalankan. Tidak kiralah servis, perkhidmatan, makanan, atau idea, tanpa pemasaran yang bagus, orang ramai mungkin tidak akan mengetahui akan apa yang kita jalankan.

Menerusi perkongsian dari saudara Mohammad Sofian Che Isa, yang mana melalui sebuah buku yang dibacanya, iaitu ‘8 Rules Of Great Copywriting’, yang ditulis oleh, Eugene Schwartz’s. Saudara Sofian telah berkongsi semula akan apa yang telah diterangkan oleh Eugene Schwartz’s dalam buku tersebut.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: consulting

8 Peraturan Besar Dalam Pemasaran a.k.a Marketing

1. Jadi pendengar yang paling terbaik

Perhatikan sekeliling, ikut perkembangan walaupun kita tidak termasuk dalam golongan tersebut. contohnya, kalau tak suka tengok bola pun, at least, tahu team mana yang akan berlawan. sekurang-kurangnya, kita mengikuti sedikit perkembangan. dari situ:

1.1 Kita dapat buat copywriting yang terus masuk ke hati peminat bola

1.2 Mampu memasarkan produk yang berkaitan dengan bola dengan lebih berkesan. dalam kes ni, ikuti trend bolasepak, dapat la kot-kot juai baju ka, merchandise lain-lain ka ikut tema

2. Bekerja dengan sangat rapi

Secara tak langsung akan meningkatkan produktiviti. Bukan melompat-lompat. sat nak buat ni, tengok orang tayang duit macam syok, buat hat tu pulak! sampai sudah tak jadi-jadi. Konon multitasking, tapi jahanam king!

3. Jangan "mencipta", atau buat rekaan semata-mata

Ketahui tujuan sesuatu perkara dari asas, kemudian gabungkan maklumat mengikut cara terbaru. Pegang produk sehingga ia menyerahkan kekuatannya kepada kita. Tahu produk tu dari dalam ke luar. 

Tidak perlu mencipta sesuatu yang baru, tetapi perlu mencari semua kekuatan yang sedia ada dan menggabungkan mereka dalam cara-cara baru untuk disediakan kepada orang ramai. ni la skill produk OEM. konon produk putih tu, tak sama produk putih ni, sebenarnya, sama kilang ja pun! haha

4. Write to the chimpanzee brain – simply and directly

Bukan suruh tulis sesuatu kepada chimpanzee. Ayat ni nak menyatakan, tulis tu biar sampai kepada orang yang sepatutnya. Kalau untuk budak tadika, pastikan cara penulisan tu, khas untuk budak tadika, atau ayah dan ibunya. Ni gunanya split testing. Split test kepada orang yang berbeza-beza umurnya. bukan satu ayat, hang tala p kat semua orang, naya la.

Foto: oracle

5. Channel demand - jangan terlalu menjual

Kita bukan nak wujudkan "keinginan" untuk produk, tapi bawa 'market' yang sedia ada dan salurkan ke produk kita. Contohnya, kalau buat produk kurus, bukan dengan berikan "keinginan" untuk menjadi kurus, sebaliknya, ceritakan manfaat menjadi kurus.

6. Fikirkan apa yang produk tu boleh buat

Bukan cerita merapu produk tu boleh buat semua benda. Bercakap tentang manfaat , dan bercakap lebih tentang manfaat emosi. Biarkan ciri-ciri produk tu diceritakan kemudian.

7. Membuat "kepuasan" serta-merta

Dalam "copywriting" atau pemasaran sendiri, prospek sudah boleh bermula untuk mendapatkan "kepuasan", atau berasa seperti mereka sudah mendapat sesuatu dari kita atau produk kita.

Contohnya, dalam market dah terlalu banyak sachet, kenapa tak buat dalam bentuk pil? Orang malas dah nak bancuh. Ambik pil, telan, abis cerita. benda sama, efek pun sama.

8. Kegagalan berterusan

Dengan perbezaan yang sangat ketara, bermakna sudah terlalu mencuba begitu keras. Maknanya apa? kena la fikir sendiri. senang cerita, tu bukan rezeki hang untuk terus mencuba benda yang sama. kena tukar.

Edisi ubah ayat ikut kefahaman sendiri, dari summary '8 Great Rules of Marketing From Eugene Schwartz', (Lagenda copywriter)

Versi Mindvalley pula: Eugene Schwartz's 8 Rules Of Great Copywriting

- Siakap Keli

BACA: 5 Perkara Penting Yang Wajib Diketahui Oleh Pemilik Jika Merancang Untuk Buka Syarikat
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli