Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(7 Foto) Tab Mandi Batu Kristal ini Bernilai Lebih RM4 Juta


Bagi mereka yang kaya melampau yang mahu bercuti sambil membakar duit sambil mandi, mungkin boleh ke villa di Dubai yang dilengkapkan dengan tub mandi bernilai $1 juta (RM4.4juta).

Villa-villa yang terletak di Palm Jumeriah, Dubai itu mempunyai antara bilik air yang termahal di dunia.

Mail Online berkata, setiap villa di hartanah itu akan dilengkapkan dengan tub mandi yang dukir dari batu kristal yang diambil dari hutan Amazon.

Tub mahal itu direka oleh Baldi Home Jewels.

Ketika ditanya apa perasaan apabila mandi di tub mewah itu, CEO Baldi memberitahu ianya 'melampaui realiti'.

"Mereka menawarkan tempat untuk melarikan diri dari stress dan kekangan yang dihadapi (pelanggan) setiap hari," kata beliau.

"Pelanggan villa XXII Carat di Dubai akan menjadi yang pertama mandi di dalam tub ajaib ini dan menikmati pengalaman unik, magis dan mewah." katanya lagi.

Difahamkan, batu seberat 10,000kg perlu dihantar dari Amerika Selatan ke Timur Tengah sebelum melalui proses rekaan.

Merecik!!

Kawasan dimana tab mandi itu ditempatkan.


Batu kristal yang digunakan untuk membuat tab terbabit.

Proses membuat tab mandi tersebut.


Gambar illustrasi villa percutian XXII Carat
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli