Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

‘7 Financial Mukmin’, Asas Perancangan Kewangan Bagi Setiap Muslim

No Comment

Sememangnya kita sering mendengar atau membaca mengenai tip-tip, atau cara pengurusan kewangan yang baik, supaya kita tidak berbelanja dengan lebih, sehingga menyebabkan tiada lebihan simpanan untuk waktu-waktu kecemasan.

Tetapi, dalam tidak sedar, sebenarnya, ianya telah diajar, buat kita lama dahulu, cuma mungkin kita terlepas pandang.

Ianya adalah, kewangan menurut Islam. Menerusi perkongsian dari saudara Zabidi Hj Azhar, yang mana telah kongsikan beberapa asas perancangan kewangan bagi setiap muslim.

Mari kita baca penjelasan darinya.

Foto iMoney

7 FINANCIAL MUKMIN

Oleh : Zabidi Hj Azhar

Saya banyak mengikuti seminar dan membaca bacaan mengenai kewangan, hartanah bagi memantapkan ilmu pengurusan kewangan. Tips dan input yang diberikan sangat bagus, ada juga yang saya amalkan. Contohnya, cara membeli kereta, simpanan, takaful, cara membeli rumah.

Tetapi, saya terfikir tidakkah ilmu ini diajarkan di dalam Al-Quran ? Adakah Islam tidak menyentuh bab kewangan ? Saya cuba mencari jawapan dan akhirnya saya temuinya di dalam Al-Quran. Lalu, saya namakan nota ini sebagai 7 Financial Mukmin. Kerana, bagi saya ia adalah asas perancangan kewangan bagi setiap muslim. Saya tidak akan mengulas panjang, di dalam nota ini disertakan pautan buat rujukan.

1. ZAKAT

Seperti yang kita semua sedia maklum, zakat merupakan rukun ketiga di dalam Islam selepas Ibadah Solat. Pentingnya tuntutan zakat ini sebagai penyucian harta pendapatan yang kita perolehi. Yelah, mana tahu waktu bekerja tu ada yang terculas ke, buat bisnes part time waktu pejabat ke, terclaim lebih duit syarikat ke.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. umat islam mula meninggalkan kefardhuan zakat, Sehinggakan Sayidina Abu Bakar telah melancarkan perang terhadap golongan ini. Ini menunjukkan zakat ini sangat penting di sisi Islam. Saya sendiri pun menerima bantuan zakat bagi melancarkan pengajian saya di sini. Terima kasih kepada pengeluar zakat

“Ambillah sebahagian daripada harta mereka (umat Islam) sebagai sedekah, yang dengannya (ia dapat) menyucikan dan membersihkan mereka,” (At-Taubah: 103)

Bagi mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis, berapa jumlah haul zakat boleh rujuk di laman sesawang lembaga zakat di pautan ini.

2. NAFKAH

Sebagai seorang lelaki, kita mempunyai tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak dan isteri, bagi yang sudah berkahwin. Seterusnya, memberi nafkah kepada orang tua dan keluarga kita. Sedekah yang paling utama adalah kepada diri, isteri dan keluarga.

“Kaum laki-laki adalah pemimpin bagi kaum perempuan, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka(laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita) dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (An-Nisa:34).

Ayat Al-Quran ini menjadi dalil kepada kewajipan memberikan nafkah. Suami harus juga memberikan nafkah meskipun isteri punya pendapatan sendiri. Bahkan, disebutkan juga di dalam hadis yang membenarkan untuk isteri mengambil wang suami mengikut keperluannya. Berapakah jumlah nafkah tidak ditetapkan, yang disebutkan menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan.

3. ILMU

Jangan ingat menuntut ilmu ni zaman sekolah atau universiti sahaja, habis sekolah terus tinggal semua buku-buku yang pernah dipelajari dahulu. Sedangkan, kewajipan menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad.

Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu beberapa derajat". (Al-Mujadalah : 11)

”Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”. (HR. Ibnu Majah)

Zaman serba canggih sekarang ini, banyak teknologi yang kita boleh manfaatkan untuk menimba ilmu.
Kalau tak sempat ke majlis ilmu, atau membaca buku, boleh menonton video di youtube, atau dengar audio books sambil-sambil memandu.

Jika tak mampu beli kitab kerana harganya yang mahal, boleh download pdf dan simpan di dalam tablet. Tetapi yang paling baik adalah menadah kitab atau bertalaqqi sendiri dengan guru.

4. TAKAFUL

Zaman sekarang ni dinasihatkan untuk ambil takaful. Sebab apa? sebab dengan gaya hidup kita sekarang ni memang menempah bermacam-macam penyakit. Kau tu sekali makan memang pelahap tak ingat dunia ya ampun. Mana taknya, kat media sosial orang duk buat review tunjuk tempat makan best-best. Aku yang duduk kat perantauan ni mengaga je lah tengok orang upload makan sedap-sedap kat fb. Huhu.

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”. (Al-Maidah :2)

Takaful itu sendiri bermaksud tolong-menolong.
Bila kita ditimpa kecelakaan, pihak takaful akan tampung kos rawatan daripada caruman kita bulan-bulan. Tapi, kena bezakan takaful dengan insurans konvensional.Nak tau lebih lanjut, boleh baca kat sini pautan ini.


5. TABUNG HAJI

Bagi yang belum membuka akaun dan daftar haji, nasihat saya eloklah berbuat sekarang. Kalau melengah lagi, jawabnya lagi 80-100 tahun akan datang baru kau dapat naik haji. Itu pun kalau sempat dik oi. Ibu bapa dinasihatkan untuk buka akaun dan daftarkan anak-anak anda sejak mereka kecil lagi.

“Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. " (Al-Baqarah : 196)

Menabung dalam tabung haji pun bagus juga kerana dividen yang diberikan sebanyak 5 % dan 1.5% bonus haji. Tabung haji juga telah membayar zakat simpanan bagi pihak pendeposit. Untuk info lanjut tuan-puan boleh layari laman sesawang rasmi Tabung Haji.

6. RIBA’

Di dalam Al-Quran sudah jelas larangan mengambil Riba’. Sehinggakan Allah mengisytiharkan perang kepada orang yang mengambil Riba’.

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al-Baqarah :276)

Riba’ bermaksud tambahan atau bunga daripada hutang ataupun jual beli lebih daripada sepatutnya.
Contohnya, kita meminjam RM10, tetapi kita perlu bayar semula dengan bunga sebanyak RM20. Itu diharamkan dalam Islam. Faedah daripada bank konvensional juga dikira riba’. Sekarang ni dengan hasil usaha pejuang ekonomi Islam, sudah banyak bank-bank yang bertukar kepada sistem perbankan Islam. Tiada alasan lagi untuk kita terlibat dengan riba’.

Boleh rujuk di pautan ini untuk mendapatkan pencerahan berkenaan riba’.

7. HUTANG

Islam membenarkan untuk kita berhutang, tetapi perkara ini harus di ambil perhatian dengan disunatkan untuk mencatat hutang bagi mengelakkan terlupa. Juga disunatkan didatangkan 2 orang saksi. Perkara ini disebutkan di dalam Al-Quran.

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.” (Al-Baqarah :282)

Tapi, masalah orang kita ni bila dah berhutang, buat-buat hilang ingatan pulak. Terpaksalah si pemberi hutang yang datang menuntut semula hutang. Kadang-kadang tu mampu je nak lunaskan hutang, tapi boleh pulak dibelanjakan dengan melancong, shopping. Dan, kita terlalu bermudah-mudah untuk berhutang, beli perabot, tv, motor, sedangkan kalau tak mampu tak payah la beli.

Banyak hadis yang menceritakan akibat daripada orang yang tidak melunaskan hutang:

“Semua dosa orang yang mati syahid Akan diampuni (oleh Allah), kecuali hutangnya.” (H. R. Muslim)

“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” (H. R. Tirmidzi)

Apa yang saya kongsikan ini bukanlah rekaan saya, malah ia adalah petikan yang saya keluarkan daripada Al-Quran dan Hadis. Saya hanya menyusun menjadi satu nota buat panduan kita bersama. Sebelum kita bercita-cita untuk menjadi jutawan, memilki rumah dan kereta. Eloklah kita sama-sama perhatikan perkara-perkara asas ini supaya rezeki kita berkat dan menyelamatkan kita dunia dan akhirat.

Jika anda merasakan ilmu ini bermanfaat, silakan SHARE.

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli