Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 Orang Jururawat Parah, Kenderaan Hospital Terbalik Di Pendang


PENDANG: Dua jururawat dari Hospital Sik dilaporkan mengalami kecederaan parah dan orang lagi mengalami cedera ringan selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 70.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 7.50 pagi ketika kereta jenis Toyota Fortuner milik Hospital Sik itu dalam perjalanan dari arah Pendang menuju utara.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Safuwan Md Saad, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.53 pagi.


Menurut beliau, seorang pegawai bersama lapan anggota dari BBP Guar Chempedak bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

 "Sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dan terdapat enam mangsa terbabit dalam kejadian itu. 

"Semua mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan terbabit oleh orang awam dengan tiga dari mereka sudah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini, oleh orang awam," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli