Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Cara Bagaimana Media Sosial Boleh Membantu Anda Mendapatkan Pekerjaan

No Comment
(Imej diperoleh daripada capitolmediasolutions)

Meningkatkan peluang untuk diupah oleh organisasi-organisasi dengan bantuan platform media sosial anda.

Ia adalah satu fakta yang disahkan bahawa syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi yang besar meneliti platform-platform media sosial calon untuk mencari ‘tanda-tanda amaran calon tidak sesuai’ sebelum membuat keputusan untuk mengupah seorang calon. Tetapi jangan bimbang, anda boleh menggunakan ini untuk keuntungan anda. Gunakanlah platform-platform media sosial anda untuk meningkatkan kelayakan anda.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2016 oleh ‘CareerBuilder’, di mana seramai 2,000 pengurus pengambilan dan majikan mengambil bahagian, ia telah dideahkan bahawa sebanyak 52 peratus majikan mengaku menggunakan platform media sosial untuk menyelidik calon-calon. Dengan itu, majikan-majikan yang tersebut berkata bahawa keputusan akhir mereka untuk upah atau tidak mengupah calon dipengaruhi oleh apa yang mereka melihat di ruang media sosial calon tersebut.

Yang berikut adalah sebuah panduan yang ringkas tentang bagaimana anda boleh membina sebuah ‘kehadiran online’ yang positif dan profesional.


1. Pamerkan Personaliti Anda


Mempamerkan personaliti sebenar anda di ruang-ruang platform media sosial anda. (Imej diperoleh daripada i-Stock5)
Hampir 40 peratus majikan di survey tersebut berkata bahawa personaliti seorang calon di ruang media sosial mereka membantu majikan tersebut menilai jika personaliti calon tersebut sesuai dengan etika dan budaya syarikat.

Berapa kerap anda pernah berfikir kepada diri sendiri: “Kalaulah saya boleh bersemuka dengan seorang majikan dan membuktikan saya seorang calon dengan kualiti-kualiti yang sesuai untuk diupah?” Dengan bantun media sosial, anda mempunyai peluang untuk menyuntik personaliti dan penjenamaan peribadi anda di Facebook, Instagram, Twitter, dan juga ringkasan di LinkedIn. Memanglah kemahiran dan pengalaman anda melayakkan anda untuk mendapatkan jawatan yang anda berminat- tetapi ia personaliti anda yang menjamin jawatan tersebut.



2. Jangan Berpura-pura.


Jangan berpura-berpura. (Imej diperoleh daripada Licdn)
Apabila majikan meneliti ruang media sosial anda, dan melihat bahawa maklumat latar belakang anda menyokong kelayakan anda untuk jawatan tersebut, peluang anda untuk diupah bertambah baik. 

Sebanyak 42 peratus daripada majikan yang mengambil bahagian di survey yang tersebut lebih yakin bila mereka dapat mengesahkan pengalaman seorang calon di biografi platform media sosialnya. Jadi pastikan semua profil rangkaian sosial anda – dari Facebook ke LinkedIn, konsisten dan sepadan dengan resume/CV anda.



3. Memaparkan Imej Profesional 


Sentiasa memaparkan profesionalisme (Imej diperoleh daripada talkroute.com)
Apa yang dipaparkan dalam bio anda dan di profil media sosial anda memberikan majikan gambaran profesionalisme anda- dan membantu majikan tahu jika sama ada anda berpura-pura di temuduga demi mendarat jawatan tersebut, atau jika anda seorang individu yang membawa diri dengan profesionalisme.

38 peratus daripada majikan dari survey kagum dengan calon-calon yang mempamerkan diri mereka dengan profesionalisme di media sosial platform. Cuba gunakan foto berkualiti tinggi yang diambil dari bahu ke atas dengan latar belakang neutral dan bebas daripada gangguan, seperti binatang atau orang lain, sebagai foto profil. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dalam foto tersebut. Dan jusga memberi perhatian kepada butir-butir kecil seperti tatabahasa yang digunakan, tanda baca, huruf besar dan jarak perkataan.



4.Pamerkan Kemahiran Komunikasi Anda.


Tunjukkan kecekapan kemahiran komunikasi anda.
. (Imej diperoleh daripada DPA)
Sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, tetapi bagaimana anda boleh membuktikannya kepada majikan anda? 37 peratus majikan berkata bahawa profil rangkaian sosial dan ‘Profile Updates’ membuktikan kemahiran komunikasi calon.

Tanda baca, ejaan dan tatabahasa yang anda guna di platform sosial media anda juga penting. Dengan itu, mengelakkan kata-kata kesat dan pergaduhan.



5. Menunjukkan Kreativiti Anda


Pamerkan kuasa kreatif anda. (Imej diperoleh daripada Unomaha)
Majikan-majikan di semua industry sering berusaha untuk mencari calon yang boleh ‘berfikir dari sudut-sudut lain’. Tiga puluh enam peratus daripada majikan dalam survey yang dinyatakan tadi, berkata bahawa calon yang menunjukkan kreativiti di platform media sosial, biasanya mendapat pilihan pertama semasa majikan memutuskan siapa untuk mengupah. 

Menunjukkan kebolehan kreatif anda di platform sosial media dengan memaparkan resume anda dalam bentuk ‘inforgraphic’, atau menyiarkan ‘status’ yang pandai/lucu.



6. Paparkan rujukan anda.


Paparkan rujukan-rujukan anda. (Imej diperoleh daripada Wersm)
Menurut survey 2016 tersebut, sebanyak tiga puluh peratus majikan dari berasa lebih yakin selepas melihat rujukan calon. 

LinkedIn membolehkan anda untuk memaparkan cadangan pada profil anda, jadi mengambil masa untuk meminta bos atau pelanggan gembira untuk menulis satu untuk anda. Di Facebook, pastikan untuk memaparkan tempat kerja sebelum anda di bio anda, agar majikan yang berminat boleh menghubungi majikan lama anda untuk mengesahkan masa anda di sana.


7. Paparkan Anugerah dan Penghargaan


Paparkan anugerah-anugerah anda di platform media sosial anda. (Imej diperoleh daripada NewDimensions)
Dalam ‘cover letter’ atau resume, anda mungkin berkata bahawa anda adalah seorang yang telah mengumpul banyak pencapaian dan anugerah. Dalam sebuah kaji selidik, ia didedahkan bahawa sebanyak 31 peratus daripada majikan mendapati bahawa bukti pengiktirafan.

Mengambil gambar dengan anugerah anda dan menangkap kejayaan-kejayaan anda, dan berkongsi untuk semua untuk melihat.


8. Berinteraksi Dengan Majikan Berpotensi


Berinteraksi dengan akaun sosial media majikan anda (Imej diperoleh daripada HuffPost)

Syarikat yang mempunyai akaun-akaun media sosial mahu melibatkan diri dalam sebanyak perbualan yang mungkin untuk kembangkan perhadiran online mereka. 24 peratus daripada majikan dalam survey pada tahun lalu mendedahkan bahawa mereka menyukainya apabila seorang calon berinteraksi dengan salah satu akaun media sosial mereka.

Layari laman web syarikat untuk melihat rangkaian sosial yang disenaraikan, terutamanya akaun yang berkaitan dengan kerjaya. Berinteraksi dengan komen atau ‘Like’ kandungan sosial media mereka. Berinteraksi dengan ikhlas, dan bertanya soalan di luar jangkaan: "Adakah anda mendapat permohonan saya"


9. Membina Pengikut yang Ramai.


Mengumpul seberapa banyak pengikut yang mungkin. (Imej diperoleh daripada APTGadgets)
Empat belas peratus majikan melihat pengikut yang ramai atau asas pelanggan sebagai factor yang positif, menurut kajian 2016 tersebut. Jika ramai orang mengikuti anda pada platform media menarik atau berharga untuk dibaca.

Jika anda mempunyai ramai pengikut, anda akan kelihatan sebagai seorang pemimpin pendapat- yang merupakan satu kualiti yang sentiasa diburu oleh syarikat-syarikat. Bina pengikut dengan cara organic (Jangan membeli pengikut. Majikan akan mendapat tahu jika pengikut anda benar atau tidak dengan mudah) dengan memberikan maklumat yang berharga kepada penonton sasaran anda dan rakan-rakan anda. Berinteraksi dengan profesional dalam industri anda. Mendapat pengikut yang besar tidak mudah. Tetapi, jika anda seorang warga komuniti sosial yang baik, ia boleh menjadi aset kepada majikan masa depan anda (s).


Yang tersebut 10 tips yang akan membantu anda mendapatkan pekerjaan dengan bantuan platform media sosial anda. Ambilah tips tersebut, dan menjadi seorang yang luar biasa!


Sumber: Talentsiswa
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli