Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

‘Zero Money Down’ Sememangnya Satu Strategi Pembelian Rumah Tanpa Memerlukan Tunai, Namun Ia Bukan Bermaksud Anda Tidak Perlu Mengeluarkan Sejumlah Wang

No Comment

Sudah pasti ramai di antara kita yang inginkan pembelian hartanah, khususnya rumah yang mana tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak, iaitu dengan mengharapkan pembiayaan penuh dari pihak bank.

Namun begitu, ia agak sukar, kerana walaupun anda mendapat ‘zero money down’, tetapi anda masih perlukan aliran tunai untuk membayar proses tertentu.

Menerusi perkongsian dari saudara Syakir Zainol mengenai ‘zero money down’ ini, telah diterangkan akan pra-syarat untuk strategi ini berjaya, juga pada proses yang mana anda sebenarnya masih memerlukan pembayaran tunai.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


ZERO MONEY DOWN merupakan satu strategi pembelian rumah tanpa memerlukan tunai. Mudah cerita, ini strategi di mana keseluruhan kos pembelian adalah ditanggung sepenuhnya melalui pembiayaan.

Wow, bunyi macam mudah je kan? Syok betul beli rumah tak payah keluar duit. Habis tu apa yang susah sangat orang nak beli rumah kalau tak payah ada tunai?

Janganlah dilupa, walaupun ada pembiayaan daripada bank, pembelian rumah tetap perlukan tunai untuk tujuan deposit dan yuran guaman.

Untuk strategi ini berjaya dan pembeli boleh selesaikan cabaran deposit dan yuran guaman ini, ianya bergantung kepada 3 pra-syarat utama:

1. Harga jualan sekurang-kurangnya 12.5% daripada harga pasaran, untuk tampung kos deposit 10% dan yuran guaman beranggaran 2.5%.

2. Baki simpanan yang mencukupi di dalam akaun 2 KWSP, sekiranya layak dan berhajat untuk keluarkan caruman KWSP.

3. Budi bicara pemilik rumah yang sanggup tunggu baki deposit sehingga tempoh bayaran penuh pada penghujung proses pindahmilik.

Tiga syarat ini je? Kacang lah.

Bunyi macam kacang lah tapi secara realitinya, sangat sukar untuk anda jumpa transaksi yang benar-benar ZERO MONEY DOWN.

Sebab apa? Takkanlah masa anda book rumah yang nak dibeli tu sepuluh sen pun tuan rumah tak minta wang booking sebagai sekuriti atau tanda jadi kan? Paling kurang anda kena letak apa yang dipanggil sebagai "earnest deposit" dalam jumlah sekitar 3%.

Beli rumah dengan adik-beradik pun belum tentu mereka tak mintak booking.

Kesimpulannya, memang anda boleh capai 100% kos pembelian dengan ditanggung melalui pembiayaan, tetapi anda tetap perlukan sejumlah wang pada peringkat awal transaksi. Cuma di akhir proses pindahmilik anda akan dapat kembali modal asal yang anda keluarkan tadi.

Maka untuk datang berlenggang dengan poket kosong tanpa wang sepuluh sen pun sambil berharap pemilik akan lepaskan rumahnya kepada anda dengan cagaran tebu yang ditanam di bibir itu adalah agak keterlaluan.

Itu saya belum sentuh kos tambahan yang terpaksa ditanggung sekiranya mark-up loan (saya tidak sokong amalan mark-up loan melainkan atas persetujuan langsung antara pembeli dan penjual).

Belajar lah menyimpan. Sekurangnya untuk bayaran booking.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli