Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ya, Memang Yuna, Harith, Siti Nordiana dan Zizan Berlakon Jadi Superhero, Tapi Dalam Iklan Calpis..


Masih ingat lagi video Yuna, Harith Iskander, Siti Nordiana dan Zizan posing dalam kostum superhero baru-baru ni? Sejak video itu tersebar, pelbagai hint-hint lain mula keluar seperti billboard besar dan poster sebagaimana yang dibuat untuk marketing filem-filem besar.

Video suntingan yang tersebar
Billboard yang dipasang. Kredit: Era.fm
Poster Coming Soon yang memaparkan keempat-empat selebriti tersebut.

Keempat-empat selebriti itu memang berlakon menjadi superhero, tetapi untuk iklan minuman susu kultur Calpis. Perkara itu diketahui selepas video susulan yang dimuat naik di Youtube memaparkan aksi penuh selebriti-selebriti itu dalam video terbabit.

Yup, ini juga bermakna kesemua mereka ini adalah duta Calpis.

Dalam video tersebut, setiap superhero mewakili setiap perisa di dalam minuman Calpis iaitu Zizan dan Yuna mewakili perisa asli, Harith Iskander mewakili perisa mangga  dan Siti Nordiana mewakili perisa anggur.

Buih jatuh...

Tiba-tiba bertukar jadi superhero!

Kalau ada superhero mestilah ada villain kan? Yup, mestilah ada. Dan ia adalah bahagian paling best dalam video ni, kerana watak villain dimainkan oleh... seekor kucing gergasi!

Tapi tak apa, kucing gergasi dalam video ni tetapi comel.

Kucing gergasi itu tiba-tiba muncul membuat huru hara di sebuah bandar. Bagi menyelamatkan keadaan, keempat-empat superhero kita tadi bertukar dari bubble Calpis.



Apa yang menarik tentang superhero-superhero dalam video ni adalah setiap dari mereka mempunyai kuasa untuk multiple diri mereka untuk menggandakan superpower mereka supaya dapat “menjinakkan” kucing gergasi ini. Rasanya inilah mesej yang hendak disampaikan seperti tagline dalam video itu “Multiply the goodness within”.

Agak best jalan cerita yang dibawa dalam video ni kerana ia bukan iklan minuman susu kultur yang biasanya kita nampak di TV. Iklannya juga seronok untuk ditonton kerana menggunakan effects seperti dalam filem superhero.

Kalau nak tahu apa nasib kucing tu last sekali, tonton video kat bawah:


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli