Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terperangkap 5 Hari di Tengah Gurun Apabila Sesat Kerana GPS Bermasalah, Wanita Masak Mi Segera Atas Dashboard Kereta Untuk Terus Hidup



Seorang pelajar wanita dari Texas menceritakan bagaimana dia berjaya untuk terus hidup di Grand Canyon selama lima hari selepas keretanya kehabisan minyak.

Pada 10 Mac, Amber Vankecke, 24, mengikuti sebatang jalan yang ditunjukkan oleh GPS - yang sebenarnya langsung tidak wujud - sehingga keretanya kehabisan minyak pada 12 Mac.

Amber menghabiskan masa lima hari untuk terus hidup menggunakan makanan dan minuman kecemasan sementara menunggu seseorang menyelamatkannya.

Bagaimanapun pada 17 Mac, dia bertekad meninggalkan kenderaannya dan berjalan sejauh 17KM untuk mencari signal telefon bagi menghubungi pihak berkuasa.

Dia kemudian diselamatkan oleh sebuah helikopter ambulan dari pasukan penyelamat.

Perincian kisah Amber

Menceritakan terperinci tentang kejadian yang menimpanya, Amber berkata perjalanannya yang bermula pada 10 Mac itu bertujuan untuk 'sightseeing' sahaja.



Namun pada 12 Mac, dia memasuki Havasu Falls Trail Head di Supai, Arizona, ketika mengikuti perisian GPS yang digunakan olehnya sehingga membawa kepada satu jalan yang langsung tidak wujud.

"Saya panik, menangis teresak-esak," kata Amber.

Menurut Amber, dia berpatah balik namun keadaan menjadi semakin gelap. Akhirnya dia berada di sebuah kawasan yang langsung tidak mempunyai jalan. Dalam masa yang sama, GPS juga tidak berfungsi.

Tidak berputus asa, Amber terus mencari laluan yang betul dan akhirnya dia berjaya. Namun malang menimpanya apabila dia minyak keretanya pula habis.

"Akhirnya terjumpa (jalan) tapi minyak hampir kosong. Saya meletakkan kereta berhampiran satu binaan dan menunggu hingga hari siang.

Tambah Amber, dia juga sebelum ini telah memasang satu aplikasi untuk menghantar koordinat jika berlaku kecemasan. Namun itu semua tidak berguna kerana telefon tidak mempunyai signal.

Lima hari seterusnya, Amber meneruskan hidup dengan memakan kacang, kuaci dan tumbuhan kering.

Dia juga memberitahu DailyMail.com bahawa dia memasak mi segera di atas 'dashboard' kereta ketika matahari tegak untuk makan.

Ada trak lalu, tapi...

Menurut Amber, di salah satu hari dia terperangkap, ada sebuah trak melalui tempat dia berhenti namun keretanya terlindung di sebalik bayang sebuah bekas air besar.



Tidak mahu benda sama berulang, dia membuat benteng di sepanjang laluan bagi menghalang mana-mana kereta dari terlepas namun tiada satu pun yang datang selepas itu.

Terdesak, Amber mula merakam video untuk keluarga dan rakan.

Dalam masa yang sama, Amber membuat perkataan 'SOS' sepanjang 10 kaki dan perkataan 'HELP' sepanjang 30 kaki di atas tanah menggunakan batu. Dia juga menyuluh lampu keretanya di atas langit pada waktu malam.



Jalan kaki 17km cari signal telefon

Kerana letih menunggu, Amber akhirnya berputus asa untuk menunggu dan mula mencari ikhtiar dengan bergerak ke tempat lain.

Pada 17 Mac, dia meninggalkan 'tempat perlindungannya' dan berjalan sejauh 17km untuk mencari signal telefon.

Dia juga meninggalkan nota pendek di tempat perlindungannya itu kalau-kalau ada orang yang terlintas dan mahu mencarinya.



Setelah jauh berjalan, Amber bernasib baik apabila telefonnya mendapat signal biarpun pendek. Dia terus menghubugn 911 untuk bantuan. Ketika bercakap dengan pegawai kecemasan, taliannya terputus tetapi panggilan pendek itu sudah cukup untuk pasukan kecemasan mengesannya menggunakan ambulan helikopter 40 minit kemudian.



Pasukan penyelamat terlihat tanda 'HELP' yang diatur oleh Amber seterusnya ternampak kereta yang digunakan Amber.

Tidak lama kemudian, mereka menjumpai Amber dan membawanya ke hospital untuk rawatan.

Ketika dijumpai, Amber dilihat menggunakan tongkat untuk berjalan memandangkan kakinya sudah lenguh kerana berjalan jauh.

Terfikir akan mati keseorangan di gurun

Amber memberitahu Dailymail bahawa dia sudah pasti yang dia akan mati di situ.

"Saya mula berfikir saya akan keseorangan di gurun"



Juruterbang yang menyelamatkan Amber memuji skil survival yang dimiliki oleh Amber.

"Dia seorang survivor, dia membuat banyak benda yang membantunya untuk terus hidup. Nota yang ditinggalkan membawa kami kepadanya," katanya.

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli