Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Walaupun Gigi Pertama Tumbuh Lebih Kurang Ketika Bayi Berumur 6 Bulan, Tapi Gusi Bayi Juga Harus Dijaga, Ini 8 Tips Penjagaan Gigi Bayi

No Comment

Jika sebelum ini admin ada kongsikan akan penjagaan gigi buat ibu mengandung yang mana ia amat digalakkan, dan tidak perlu risau kerana ibu mengandung juga boleh mendapatkan rawatan pergigian, cuma perlu beritahu kepada doktor gigi yang bertugas akan kandungan telah masuk bulan yang ke berapa.

BACA: Doktor Gigi Ini Kongsi Tips Penjagaaan Gigi Buat Ibu Hamil, Tidak Perlu Gusar Untuk Mendapatkan Rawatan Pergigian Walau Ketika Hamil

Itu untuk ibu, bagaimana pula untuk anak, atau bayi yang baru tumbuh gigi, adakah perlu dicuci, serta apakah cara terbaik untuk mencuci, atau menjaga gigi bayi tersebut?

Untuk menjawab pertanyaan tersebut, doktor gigi, iaitu saudari Nurfarahin Sufri kongsikan tips penjagaan gigi bayi yang boleh diamalkan buat ibu di luar sana. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Disebabkan ramai kawan-kawan saya yang baru dapat baby dan ramai anak kecik atau dah besar sampai gigi kekal nk tumbuh tapi tak bawak jumpa dentist lagi. Ni saya share sikit tips nak jaga gigi susu.

1. Penjagaan Gusi

Gusi anak perlu dijaga walaupun gigi belum tumbuh. Susu ade karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Kalau sisa susuan tidak dibersihkan, ia menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi/lidah boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Anak pun tak selesa. Sambil-sambil tu niatlah nanti gigi anak aku tumbuh sihat dan kuat. Ada jugak mommy cakap doktor anak saye nak tumbuh gigi, tapi kenapa saya yang sakit gigi? Macam mana boleh berjangkit? Seminggu dah sakit. Mommy, tu masalah gigi mommy tak ada kaitan dengan anak ye. Mohon pergi jumpa dentist dengan kadar segera ye

2. Gosok gigi seawal gigi pertama tumbuh

Gigi pertama lebih kurang 6 bulan la tumbuh. Nampak je gigi bersihkan gigi itu menggunakan kain bersih yang dibasahkan (guna air masak lagi baik). Kalau dah pandai gigit tu belikan berus khas untuk umur diorang kang kene gigit jari sakit, ouchh..

3. Elak anak hisap botol susu sambil tidur

Ni paling penting la. Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Susu badan pon tak boleh ok. Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi then rosak. 'Karat-karat' warna coklat tu. Nanti parents cakap. Gigi anak saya reput doktor, makin saya berus makin reput.. Cehh banyak laa..

4. Lepas hisap susu, minum air masak

Sebaiknya mcm tu la.. Ala-ala bilas cenggitu

5. Jangan isi air bergula dalam botol susu

Ni kan memang kesalahan besar ni. Kadang air sirap, teh o, milo. Sapa dah start sempat lagi nk stop ok.


6. Bawa anak jumpa doktor gigi seawal usia 6 bulan

Masa anak 6 bulan tu bawak dah jumpa misi ke doktor gigi, nanti bagi education lagi jelas. Ada dental kit boleh tunjuk demo sekali. Pastu jangan la takutkan budak-budak. "Haa nanti doktor cabut gigi.." Dah kenapa pulak tak ada angin, tak ada ribut nk pi cabut gigi budak tu. Bagi la kat anak cite yang baik pasal kitorang. Contohnya, jangan takut anakku, doktor sume baik laa, cantik pulak, sopan santun, penyayang. Haa cenggitu, baru la anak tak takut. (boleh abaikan yang tak penting). Misi baik taw, nanti dia tolong sapu ubat kalau ade yang nak rosak-rosak tu.

7. Jangan share makanan dengan anak

Jangan salah faham ye.. Nampak mcm aku ni penghalang keakraban seorang mak dan anaknye.. Bukan gitu.. Cuma kite ni gigi dah penuh, bakteria lebih kurang 1000++ jenis yang duk dalam mulut tu, pastu kunyah2 makanan bg kat anak.. So dengan jayanya kite transferkan bakteria dalam mulut kite pada anak.. Soo gigi diorang x selamat jugak lah..


8. Elak 'Puting Tiruan'

Then last sekali, jangan bagi puting tiruan or bagi anak hisap jari lah. Nanti gigi jongang tak cantik.. Kann..


Selepas ini ibu-ibu bolehlah mula tengok-tengok gigi anak atau bayi anda, kalau boleh jika perlu dicuci atau dibersihkan, anda buatlah. Jika tidak tahu bagaimana, boleh rujuk pusat kesihatan, atau pusat pergigian yang ada untuk dapatkan nasihat tentang penjagaan gigi bayi anda. - Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli