Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Ular Tedung Diberi Minum Air Botol Selepas Ia Terpaksa Masuk ke Kampung Kerana Terlalu Dahaga Akibat Kemarau



Biasanya, ular tedung akan cuba melarikan diri apabila terserempak dengan manusia tetapi satu video yang dirakam di India membuktikan sebaliknya berlaku apabila mereka terdesak.

Penyelamat haiwan liar di selatan India telah merekodkan bagaimana seekor ular tedung sepanjang 3.7 meter tiba-tiba menjadi 'mesra manusia' apabila ia terdesak dalam kerana terlalu dahaga akibat kemarau.

Dipercayai, ular itu memasuki sebuah kampung di Kaiga untuk mencari air.

Kawasan tersebut telah dilanda kemarau panjang menyebabkan air sukar dicari oleh haiwan liar di kawasan sekitar.

Menerusi video yang dimuat naik semalam, seorang lelaki dilihat mencurahkan air ke arah ular berkenaan dan ular tersebut dilihat begitu 'teruja' meminum air itu.

Biarpun ianya satu saat yang 'manis', penyelamat tahu ia boleh berubah kepada tragedi bila-bila masa sahaja.

Lelaki yang memberi air itu turut dilihat memegang besi penangkap ular bagi tujuan keselamatan.

Tonton video itu dibawah:


Sumber: 9News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli