Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) "Sebelum Baca Buku Akademik, Saya Baca Al-Quran Dulu," Calon SPM Terbaik Negeri Terengganu Kongsi Rahsia Kejayaan Dapat 11A+



Keputusan Sijil pelajaran Malaysia baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu, ada yang berjaya dan akan meneruskan cita-cita dana ada yang kurang bernasib baik, masih boleh terus berjaya dalam hidup dalam pelbagai bidang.

Sebelum ini ramai kita terdengar tips-tips untuk mendapat  keputusan cemerlang dalam peperiksaan, ada yang sanggup memenuhkan hidup anak dengan kelas-kelas tambahan dan pelbagai lagi.

Kali ini admin kongsikan tips dan amalan yang diamalkan oleh calon terbaik SPM negeri Terengganu, adik Husna Mardhiyyah Binti Mohd Fauzi dari Sekolah Menengah Imtiyaz, Kemaman.

Apabila ditanya tentang rahsia kejayaannya ternyata adik Husna begitu menekankan kehidupan beragama dalam rutin hariannya.

"Sebelum mulakan belajar, kita buka Al Quran dulu, hidup kita ini adalah satu ibadah sahaja, jadi bangun pagi bukan buka buku akademik dulu, bukak Al Quran dulu, biar kita dapat keberkatan," katanya yang merupakan anak seorang guru di Sungai Petani, Kedah.

Beliau juga menekankan hubungan baik antara manusia dengan Allah, hubungan baik dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan dan masyarakat.

Jom lihat video penuh, rahsia kejayaan anak ini.


Dua lagi pelajar cemerlang ialah Lam Sin Gee dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini yang mendapat 9A+ dan pelajar cacat penglihatan, Nur Syuhada Alias dari SMK Bukit Besar dengan 5A.

Menurut Husna Mardhiyyah, ketika ini dia mengikuti pengajian di Darul Quran sebelum berhasrat melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa. - Siakapkeli.my


Adik Husna Mardhiyyah dalam Mjlis Hafazan Al Quran peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Meru, Ipoh pada 15 hingga 20 Februari 2016 lalu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli