Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Saya Sedar Marion Dan James 'Terlepas' Masuk Bilik Sebab Saksikan Rancangan Itu Siaran Langsung Di Televisyen - Isteri Prof Kelly


Profesor Robert E. Kelly sebelum ini telah menjadi bahan cerita selepas video aksi lucu 'diganggu' anak-anak kesayangannya ketika temu bual secara langsung bersama stesen televisyen BBC, akhirnya menceritakan kepada umum apa sebenarnya yang berlaku ketika itu.

Dalam satu temubual yang dilakukan oleh portal The Wall Street Journal (WSJ), Kelly memberitahu semua berlaku adalah atas kesilapan sayang yang terlupa untuk mengunci pintu ketika siaran langsung sesi temu bual dengan BBC dijalankan.

Perkara ini diakui oleh isterinya, Kim Jung-A, yang merupakan watak penting apabila cuba 'menyelamatkan' keadaan dengan gaya meluncur sehingga membuatkan ramai penonton pecah perut.

"Selalunya memang dia (Kelly) kunci pintu apabila melakukan temu bual, ketika kekecohan berlaku saya sedang menonton rancangan siaran langsung itu di televisyen di ruang tamu."

"Namun kerana siaran televisyen yang lewat beberapa saat membuatkan saya agak lambat menyedari 'pencerobohan' itu berlaku," kata Kim kepada WSJ.

Temu ramah dengan WSJ itu pada mulanya hanya melibatkan Kelly, sebelum turut disertai Kim dan dua anak mereka, Marion, 4, dan James, 8 bulan.

Menurut Kelly, ketika kejadian , dia cuba untuk fokus dengan temu bual yang berjalan namun mengakui sangat geli hati dengan gelagat isteri dan anak-anaknya.

BACA: (Video) 'Maafkan Saya...': Sesi Temuramah Serius Antara BBC Dan Professor Ini Bertukar Lucu Apabila Dua Anaknya Masuk Mengacau

Pensyarah Sains Politik di Pusan International University, Korea Selatan itu juga ada menghantar surat permohonan maaf kepada BBC susulan kekecohan itu.

Apa yang melucukan dalam temubual terbaru ini, anak sulung Kelly, Marion, dapat didengar menjerit memanggil bapanya dari luar bilik.

"Inilah kehidupan saya," kata Kelly, sebelum bangun untuk membuka pintu dan membenarkan anak perempuannya itu masuk.


Portal CNET pula melaporkan, Kelly turut menjawab satu persoalan yang menjadi tanda tanya ramai; adakah dia tidak memakai seluar ketika temu bual itu?

"Saya pakai seluar jean," jawab Kelly.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli