Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Rakaman Ayam Gergasi Bernama Merakli ini Keluar Dari Reban Buat Orang Ramai Bingung Sehingga Ada Yang Menyangka Ia Manusia Dalam Kostum


Satu video seekor ayam yang baru timbul menjadi sensasi di internet dan menyebabkan penontonnya kebingungan apabila melihat ayam terbabit keluar dengan saiz gergasi dari rebannya.

Video yang dimuat naik pada 17 Mac itu dibintangi oleh seekor ayam besar dan kerana saiznya yang besar (lebih-lebih di bahagian kaki), orang ramai mulai tidak percaya kewujudan ayam seperti itu.

Ayam yang bernama Merakli itu kepunyaan Fitim Sejfijaj dari Kosovo dan ia merupakan ayam dari jenis Brahma dan ya, ia memang haiwan ternakan yang besar.

Dikala ayam biasa kebanyakannya seberat dari 0.6kg ke 3.6kg, ayam Brahma jantan boleh mempunyai berat sehingga 8kg.

Asalnya, video Merakli itu dimuat naik di grup Facebook yang memang khusus untuk ternakan ayam besar.



Video tersebut telah ditonton sebanyak 81 juta kali dan sudah tentu mendatangkan pelbagai reaksi dari netizen.

Malah, seorang pengguna internet, Gregg Clayton berkata dia menyangka ayam itu adalah manusia di dalam kostum.

Chris Mapa pula berkata: "Saya menjangkakan lagu tema Jurassic Park dan bunyi T-Rex ketika haiwan ini keluar".

Sumber: DM
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli