Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Polis Kutip & Pulang Semula Wang RM10,000 Yang Ditabur Atas Jalan Oleh Seorang Wanita Kerana Dia Berada Dalam 'Bad Mood'


Cuci lantai, makan dan berleter adalah perlakuan biasa bila seseorang berada dalam 'bad mood'. Namun, seorang wanita di China mempunyai cara unik untuk melepaskan perasaan negatif itu - dengan cara menabur duit di atas jalan.

Dalam kejadian yang berlaku di Chongqing pada Ahad itu, wanita terbabit dilihat mengeluarkan wang banyak tebal sebelum menaburnya di satu jalan yang sibuk.

Rakaman CCTV menunjukkan wanita berkenaan secara bersahaja menabur wang-wang tersebut dari begnya ketika sedang melintasi jalan terbabit sehingga membuatkan orang lalu lalang tergamam.

Polis dipanggil ke tempat kejadian dan mereka mengutip kesemua wang terbabit yang didapati berjumlah 16,369 yuan (RM10,259). Polis kemudian menjejaki wanita itu dan memulangkan semula wang terbabit.



Ketika ditanya mengenai motif tindakan tersebut, wanita tersebut berkata ia adalah rawak dan dia berada dalam mood tidak baik ketika itu.




Sumber: SCMP
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli