Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Fernando Torres Rebah Atas Padang, Terhantuk Kepala Dengan Pemain Lawan


Madrid: Penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres telah dikejarkan ke hospital selepas dia telah pengsan akibat terhantuk kepala dengan pemain lawan dalam perlawanan saingan Liga Sepanyol menentang Deportivo la Corunoa di stadium Riazor, La Coruna, Galicia.

Kejadian berlaku apabila pemain Deportivo, Alex Bergantinos telah mengasak pemain berkenaan daripada belakang menyebabkan kepala mereka terhantuk ketika berebut untuk menanduk bola lima minit sebelum perlawanan tamat.

Atletico berkata, Torres mengalami kecederaan otak traumatik dan dibawa ke hospital untuk menjalani ujian.

"Pemain kami yang kini stabil mengalami hentakan kuat kepada kepalanya dalam minit-minit terakhir perlawanan dan terpaksa dibawa ke hospital secepat mungkin menerusi ambulans.

"Beliau akan bermalam di hospital untuk dipantau doktor," kata Atletico dalam satu kenyataan.

Selepas melihat Torres terbaring tanpa bergerak permain kedua-dua pasukan cuba memberikan bantuan sebelum meminta bantuan perubatan.

Pemain pertahanan Atletico, Jose Maria Gimenez dilihat menangis dan penyokong Deportivo memberi diberi tepuk sorak yang gemuruh ketika Torres diusung keluar padang.

Atletico dan Deportivo seri 1-1 dalam perlawanan itu. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli