Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Di China, Ada Keretapi Yang Boleh Masuk Menembusi Rumah Flat 19 Tingkat, Dibina Untuk Jimat Ruang & Atasi Masalah Kepadatan Penduduk



Sebuah landasan keretapi ringan telah dibina untuk menembusi satu lubang di sebuah perumahan setinggi 19 tingkat di sebuah bandar China.

Kepadatan penduduk di bandar Chongqing - yang berpopulasi 49 juta - menyebabkan  perancang bandar terpaksa berfikir secara kreatif untuk memanfaatkan ruang sebaik mungkin.

Disebabkan itu, satu landasan keretapi telah dibina di perumahan tersebut yang mengambil ruang di tingkat ke enam hingga ke lapan bangunan terbabit.

Penduduk di flat tersebut boleh menaiki kereta terbabit di stesen mereka sendiri yang dinamakan sebagai Stesen Liziba.



Sebagai langkah mengatasi masalah bunyi bising pula, terowong laluan keretapi terbabit telah dilengkapi alat khas bagi mengurangkan pencemaran bunyi di kawasan itu.

Bagi pemilik rumah, bunyi bising yang dihasilkan sekadar berbunyi dari bunyi air di sinki.



Melalui cara ini, perancang bandar berjaya membina laluan keretapi (yang lebih pendek) tanpa perlu memusnahkan flat tersebut.

Seorang jurucakap pengangkutan bandar berkata: "Bandar kami sangat padat dan mencari ruang untuk jalan dan landasan sangat mencabar."

Tapi, bayangkanlah berapa harga flat tersebut memandangkan 'stesen terdekat hanya beberapa langkah dari rumah'.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli