Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Menyayat Hati, Anjing ini Berjalan 3KM Untuk Temani Jasad Tuannya ke Tanah Perkuburan di Terengganu, Enggan Tinggalkan Kubur



Kisah seekor anjing berjalan sejauh 3 kilometer untuk menemani jasad tuannya ke sebuah tanah perkuburan Cina di Terengganu menjadi viral di Facebook.

Cerita itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Leong Khai Wai, pada 3 Mac lalu.

"Anjing yang sangat menakjubkan dan setia di Kg. Air Jernih, Terengganu. Dia mengikuti perarakan pengebumian yang hampir sejauh 3km.

"Apabila dia tiba di kubur, dia enggan pergi" tulis Leong Khai Wai.


Bersama posting itu, Leong Khai Wai turut menambah beberapa foto dan video rakaman kejadian.


Anjing bertompok oren putih itu dilihat turut sama mengekori kereta yang berarak untuk menghantar jasad tuannya ke tanah perkuburan.

Lebih memilukan ia dilihat berada bersebelahan ketika proses pengebumian tuannya itu.





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli