Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Aksi Burung Jemput & Eskort Anak ke Kubur Ibu Jadi Viral


Satu video ajaib yang memaparkan seekor burung 'menyambut' seorang lelaki ke kubur ibunya menjadi viral di media sosial.

Video yang mulai viral sejak Februari itu dikatakan dirakam di sebuah tanah perkuburan Islam di Blackburn, England.

Menurut lelaki di dalam video tersebut, sudah empat kali burung itu menjemputnya ke kubur ibunya termasuk ketika dia merekod video tersebut.

"Ia sedang mengekskort saya ke kubur ibu saya sekarang" kata lelaki itu sambil merakam perbuatan burung berkenaan.

"Ini sangat menakjubkan, sejak tiga hari lepas, ia 'menjaga' kubur ibu saya dan sekarang ia sedang membawa saya ke sana.

"Ia tidak takut. Sepertinya ia tahu apa yang sedang dilakukan." kata lelaki berkenaan sambil menambah dia tidak pernah mendengar atau melihat perkara seumpama itu sebelum ini.

Setibanya di kubur yang dituju, burung itu berhenti dari berjalan, kemudian berpusing-pusing beberapa kali.

"Dah tiba di kubur ibu saya, sekarang ia akan berhenti.

"Ini adalah tanda-tandaNya? Hanya Allah lebih mengetahui.

Lelaki berkenaan kemudian berkata akan berdoa untuk arwah ibunya sebelum berhenti merakamkan video.

Lihat video tersebut dibawah:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli