Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Universiti Saya Adalah Hutan, Pensyarah Saya Orang Asli," Anak Malaysia Ini Sudah 2 Kali Jadi Terima Jemputan Rancangan ‘River Monster’


Jerantut: Siapa sangka, pengetahuan lelaki ini mengenai selok belok ilmu hutan membolehkan beliau diberi peluang untuk menyampaikan ucapan mengenai alam sekitar dan keistimewaan Taman Negara ketika usianya 29 tahun di Universiti Kantonsschule Zurcher Oberland, Switzerland, lapor Harian Metro.

Roslan Abu Kassim, 53, dikatakan telah menarik berjaya menarik seorang profesor di universiti berkenaan yang ketika itu datang sebagai pelancong kerana pengetahuan luasnya.

“Saya tidak sangka lelaki itu seorang profesor sehinggalah dia menyatakan hasrat menjemput saya berucap di universiti tempatnya bekerja dan sanggup mengirimkan duit kapal terbang selain menyediakan segala persiapan di sana.

“Ketika berada di sana, perkara tidak boleh dilupakan ketika saya berucap dalam bahasa Inggeris yang terbatas dengan dibantu tayangan slaid.

“Namun, saya terharu kerana penuntut di sana teruja dengan cerita mengenai Taman Negara sehingga ada dalam kalangan mereka berkunjung ke sini tiga tahun selepas mendengar ucapan saya itu.” 

“Saya belajar tidak tinggi. Universiti saya hanyalah hutan manakala pensyarah saya adalah Orang Asli,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Tahan.


Beliau telah sebelum ini telah berpeluang menjadi wakil Malaysia bagi pameran pelancongan ke World Travel Mart (WTM) di London dan Internationale Tourismus-Börse Berlin (ITB) di Berlin, Jerman, sekitar 1990-an serta pameran pelancongan di negara ASEAN selain menjadi wakil untuk Pameran Burung Antarabangsa di Ratland, England, tahun lalu.

Apa yang lebih membanggakan beliau sudah dua kali menjadi menerima jemputan dalam rancangan di saluran  Discovery Channel iaitu ‘River Monster’ dua kali pada 2010 dan 2016.

Beliau yang merupakan Pengerusi Persatuan Pencinta Taman Negara berkata, semua yang dinikmatinya ketika ini adalah berkat kesungguhan dan minat mendalam terhadap alam semula jadi.

“Semua ilmu dan pengalaman yang ada ini saya peroleh daripada Orang Asli. Mereka adalah ‘guru’ terbaik dalam mempelajari pelbagai ilmu kehidupan, selok-belok hutan dan tumbuhan.

“Teori semua orang boleh belajar namun untuk pengalaman kita perlukan bahan sebenar dan menghadapinya sendiri.” 

“Ayah renjer hutan dan saya sering mengikutinya masuk ke hutan sehingga mahir dengan selok-belok ilmu hutan.


“Apabila ayah meninggal (dunia), saya berulang-alik dan kadangkala tinggal bersama Orang Asli di sana (Taman Negara) untuk lebih mengenali alam semula jadi memandangkan ketika itu saya bekerja sebagai pemandu arah,” katanya yang mula terjebak secara tidak langsung dalam bidang ini selepas bapanya meninggal dunia ketika usianya 15 tahun.


Menurutnya, jika Taman Negara tercalon dalam program Community Based Tourism (CBT) iaitu pembabitan masyarakat dalam sektor industri ekopelancongan, dia berpeluang sekali lagi menjadi wakil berucap dalam program itu di negara ASEAN pada tahun ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli