Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tular Di Media Sosial Akan Ikan Koi Dalam Longkang Di Jepun, Ini Sebabnya Mengapa Longkang Di Sana Bersih & Jernih

No Comment
Foto Kredit: Taiko Tai

Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai kebersihan longkang di Jepun, sehinggakan ikan koi pun boleh hidup di dalam longkang tersebut, dengan keadaan airnya yang sangat jernih.

Jika diikutkan, mana mungkin longkang boleh sejernih, dan sebersih itu, kerana longkang sering dijadikan tempat pembuangan air kotor, seperti pembersihan sisa makanan, atau lebihan air minuman.

Tapi, dengan sistem yang diamalkan di Jepun, ia berjaya mengekalkan kebersihan longkang tersebut. Bagaimanakah ianya boleh terjadi? Menurut perkongsian dari laman saudara Kamarul Ilmar in Shimane, sistem paip air kumbahan inilah yang menjadi punca air longkang di beberapa kawasan menjadi bersih. Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto Kredit: Taiko Tai

“Kisah Geisuido”
Dua tahun sebelum berpindah balik ke Malaysia, saya diarahkan untuk mengendalikan projek pemasangan paip sisa kumbahan dari rumah penduduk awam.

Ini adalah pengalaman baru bagi saya. Sebelum ini saya lebih difokuskan kepada kerja-kerja pembinaan infrastruktur seperti pembinaan Jambatan, Jalanraya dan kerja-kerja pembaikan tebing sungai sahaja.

Saya bertanya kepada Senior Engineer saya, apa tujuan pasang paip kumbahan ini. Beliau menyatakan, kalau di bandar-bandar besar Sistem ‘下水道’ (Gesuido = Paip Air Kumbahan) ini telah lama dilaksanakan. Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja, baru difokuskan ke kawasan luar bandar.

“Macam mana sistem dia ni Senpai (Senior)?”….

“Dulu di kampung-kampung mereka hanya ada tangki kumbahan sahaja, tiap kali tangki penuh mereka panggil lori pam datang sedut. Ko kena paham air kumbahan ni bukan sahaja sisa manusia, tu semua air basuh baju, bilik mandi, dapur semua tu masuk tangki tu…. Sanggup ke ko nak buat kerja ni?”

“ No hal la senpai... Looo…. Ingatkan tangki tu untuk ‘sisa manusia je’..”


“Tak tak…. semua air yang telah digunakan secara domestik dengan air semulajadi yang bersih perlu diasingkan, supaya air domestik yang digunakan dapat dirawat semula dan dilepaskan secara bersih ke sungai-sungai. Air yang digunakan secara domestik tu tak boleh dilepaskan secara sewenangnya ke dalam longkang”

“Ooooo…patut le makcik rumah sebelah rumah saya selamber je basuh sayur dalam longkang”


“Memang lee…sebab air longkang tu datangnya dari sungai-sungai, dan memang bertujuan untuk mengalirkan air hujan sahaja!” “Tapi ko pergi Tokyo jangan le pulak basuh sayur kat longkang sana bro!...hahaha”

“Patutle ikan Koi boleh hidup dalam longkang dan saliran kat bandar Tsuwano tu ye… ropernya air tu tak bercampur dengan sisa kumbahan!..Naruhodo ne!”

“Eh Kamachan, banyak soal pulak ko pagi ni…tu pergi bersihkan dulu jamban rumah Makcik Takano san tu….nanti kita dah nak start korek pasang paip dan manhole kat situ! Ni mamam dulu manjyu (kuih) yang Makcik Takano kasi tadi”

“Hait! Wakarimashita senpai!” (baiklah saya yang menurut arahan). Terus rembat manjyu dan makan bersama Coffee panas dalam tin UCC 70% kurang gula sebelum memulakan kerja. Terrbaikkk!! Bismillah...

Tiada kompromi bila tanggungjawab telah diamanahkan. Suka tak suka, perlu berhadapan! Jangan lari, dan lakukannya secara jujur dan jangan banyak merungut, sekali kamu lari, kamu akan lari selama-lamanya…InsyaAllah… ada banyak hikmah di sebaliknya. Bertabahlah Kamachan !…sob sob…..

Yang suka berselfie kaki kat Manhole-manhole di kota-kota Jepun tu, geng-geng macam kami ni le yang pasang dulu…. Bila lihat ramai suka berslfie kat manhole…rasa kembang kempis je dinding kulit hidung ni…hehehe…

*Owh lupa..nota kaki... penggunaan paip sistem kumbahan ni kena bayar ye... banyak mana kita guna air paip, banyak tu yang akan di charge untuk kumbahan..tak silap separuh harga air paip biasa kot..lupo den

Pekan Kecil Yunotsu tempat saya ditugaskan untuk memasang sistem paip kumbahan yang baru.

Makcik Takano berlalu selepas memberikan Manjyu (kuih) kepada kami.

Memulakan kerja di celah-celah rumah penduduk awam yang sempit.

Menstabilkan kecerunan paip agar maintain sebanyak 0.25% gradient....tak boleh buat curam sangat, nanti najis tak terungkai laju sangat sebelum tiba di tempat rawatan.

Kerja-kerja pemasangan Manhole.

Beginila ropernya di bawah penutup Manhole yang kome selalu dok selfie dan pijak tu...besar kan?

Nampak tak papan hitam tu... saya selaku "Genba Kanri nin Sya" atau penyelia tapak projek, kena tulis sendiri tulisan tu dan ambil gambar sebagai bukti yang manhole ni dah dipasang ikut spec...kalau dah tanam sapa nak percaya kan?

Ukur dan check ambil gambar sebagai bukti kepada pihak berkuasa kami pasang ikut kuantiti menurut BOQ atau spec...so tak timbul kata kami cilok paip esok lusa...haha

Inspector dari pihak Majlis daerah bahagian Kumbahan dan Sisa...saya berbaju kuning pegang papan hitam perlu bersama beliau untuk menerangkan kerja-kerja kami...

Sebab ada sistem kumbahan laa...ikan koi boleh hidup dengan happiness forever di dalam longkang-longkang di Bandar Tsuwano... bandar lain? air nye tak sebersih di sini..

Kanak-kanak mencari anak ikan dalam Longkang...dingin airnya..

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli