Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Solat Dalam Kokpit Ketika Penerbangan, Pembantu Juruterbang Wanita Ini Dipuji Netizen


Solat adalah tiang agama, maka ianya tidak perlulah dilengah-lengahkan jika tiada keperluan, seorang juruterbang pesawat Garuda Indonesia telah memuatnaik sekeping gambar di laman sosialnya di mana ianya telah mendapat pujian oleh netizen negara berkenaan, lapor Tribunnews.com.

Kapten Jaka Pituana telah memuatnaik gambar pembantu juruterbang Sarah Widayanti Kusuma yang sedang bersolat ketika pesawat sedang bergerak menuju ke destinasinya di dalam kokpit.

Gambar berkenaan telah menjadi tular di laman media sosial dengan kapsyen  “terima kasih ya doanya…pantas aje cuaca clear sepanjang penerbangan…#sarahwidiyanti, #crewlife#airbus330#pilot.

Beliau turut menyatakan pembantunya itu merupakan seorang muslimat yang taat kepada agama di aman dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam kerja di mana pesawat yang dipandu mereka selalunya adalah laluan jarak jauh di mana ketika itu pesawat menuju ke Zhen Zhou, Tiongkok, China selepas berlepas dari Bali yang memakan masa selama enam jam. - siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli