Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Anak Yang Tahan Bila Mak Ayah Bergaduh, Atau Hidup Tanpa Cinta & Saling Memusuhi, Hargailah Satu Sama Lain, Buatlah Semua KeranaNya

No Comment
Gambar Hiasan, Foto: Reuters Blogs

Kebahagiaan rumah tangga adalah satu nikmat yang harus disyukuri, ianya perlu hadir dalam kehidupan berpasangan, agar seisi keluarga dapat merasai indahnya bersama keluarga.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting, supaya anak-anak selesa, dan gembira apabila mereka memerlukan kasih sayang dari ibu bapa.

Mungkin dengan perkongsian dari pendakwah ini, iaitu ustaz Ebit Lew, ibu bapa sedikit sebanyak dapat mempelajari, dan boleh memperbaiki hubungan supaya anak-anak menerima keluarga yang positif, dan dapat dibesarkan dengan kasih sayang yang secukupnya.

Mari kita hayati perkongsian darinya.

Foto Ebit Lew

Sampai rumah anak saya yang bongsu setahun lebih ni cium-cium saya. Saya peluk dan terbangkannya. Bermain dan berlawan-lawan sampai dia tertidur di sebelah saya di kerusi ini. Sebak pula rasa..ya Allah..seperti pandangan saya pada anak ini. Itulah pandangan ibubapa saya pada saya satu waktu dulu. Dengan doa dan harapan. Ya Allah.....Indahnya rasa cinta dan sayang yang Allah kurniakan.

Sambil cium anak ini. Saya pandang isteri saya. Terasa amat cinta dan sayang pada isteri dan anak-anak. Ya Allah jagakanlah bidadari dan anak-anakku.

Anak-anak dahagakan masa dengan ibubapa mereka. Bagi mereka masa bersama ialah ukuran cinta buat mereka. Love = Time....

Buat suami hargailah isteri.

Kerana bila mereka dihargai dan disayangi. Dibelai dan dipeluk suami. Aura yang sama mereka beri pada anak-anak. Dengarlah mereka. Tolonglah dengar mereka kerana Allah..Bukakanlah hati dengan memberi telinga dan hati mendengar. Pandang mata mereka. Keletihan dan harapan mereka. Lihat yang tersirat.

Doakan isteri. Picit dan urut-urut isteri. Nasihat dengan baik. Puji dan beri mereka penghargaan. Beri mereka hadiah..beri semangat. Bantu mereka. Sebenarnya mereka bantu kita. Kini mereka lebih dari tugas mereka. Kewajipan mereka.

Terima kasih pada isteri

Membangunkan sebuah keluarga ialah perjuangan. Setia dan jangan tipu isteri. Jangan hancurkan perasaan mereka. Mereka sanggup urus semuanya tetapi jangan tipu atau aniaya mereka. Sekali isteri terluka lamanya hatinya ingin pulih. Kasihanilah anak-anak menjadi mangsa kerakusan nafsu dan sikap acuh tak acuh kita.

Ada orang hilang keluarga kerana bom dan nuklear. Ada orang hilang keluarga kerana sibuk cari duit. Ada orang hilang keluarga hanya kerana saja-saja dan hawa nafsu.


Berilah masa pada anak, peluk mereka

Ramai wanita yang uruskan anak-anak seorang diri. Ada pasangan suami isteri jumpa saya katanya anak-anaknya selalu tak dengar kata dan buat perkara yang tak patut. Mereka tak hormat kami ibubapa. Jawab saya berilah masa selalu peluk mereka. Lagi kuat kita peluk mereka lebih mereka menjadi manusia yang penyayang. 

Mereka jumpa saya semula dan kata lepas selalu peluk anak mereka berubah. Lembut dan mudah dengar kata. Sekali suruh terus jalan. Lembut dan rasa kasih sayang. Anak-anak dahagkan pelukan dan kasih sayang. Sama juga mak kepada anak kita. Mereka lebih-lebih lagi dahagakan kasih sayang dan pelukan.

Berikan hak anak-anak

Kita sebagai anak boleh terima kurang sempurna rumah. Tidur ramai-ramai tanpa bilik. Kenderaan atau pakaian makayah tak sempurna. Kurang duit. Tak dapat gadget atau permainan. Tapi tiada anak yang boleh tahan lihat mak ayah mereka bergaduh dan mak ayah yang hidup tanpa cinta dan saling memusuhi mengkhianati. Walau kita dah dewasa kita tak sanggup lihat mak ayah kita bergaduh. Inikan pula anak masih kecil. 

Berikanlah hak anak-anak. Iaitu didikan iman. Dan anugerahkan mereka contoh kasih sayang dan keikhlasan dalam hidup. Biarlah mereka bina yakin dan percaya dengan Islam. Berikanlah hak mereka. Jangan bergaduh depan anak-anak. Buatlah semuanya kerana Allah. Hidupkan Ta'lim dalam rumah. Hidupkan sunnah dalam rumah-ebit lew

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli