Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tatap Gambar Ibu & Ayah Ketika Jawab Peperiksaan, Pelajar Ini Buat Netizen Sebak & Kagum


Biasanya, kita akan meletakkan perkakasan menjawab soalan serta sebotol air di atas meja ketika menjawab soalan peperiksaan. Malah, bagi memastikan konsentrasi maksimum, ada juga yang tidak meletakkan apa-apa di atas meja kecuali kertas peperiksaan dan sebatang pen.

Bagaimanapun, bagi pelajar sekolah ini, gambar ibu bapanya mampu memberikan motivasi kepadanya untuk menjawab peperiksaan.

Foto pelajar terbabit dikongsi oleh seorang guru, Mohd Syazwan Shamsudin, di Facebook.

"Tengah jaga peperiksaan, duduk perhati ada seorang pelajar ni dompet sentiasa terbuka letak atas meja.

"Bila datang dekat rupanya ada gambar mak ayah dia, nak bagi motivasi katanya. Nak suruh simpan pun tak sampai hati.

"Tersentuh kejap, aku dulu jangan kata nak buat macam tu, gambar Mak Abah pun tak pernah ada dalam dompet.

Aksi pelajar berkenaan seterusnya mendatangkan perasaan sebak dan kagum kepada netizen.

Hana Fadzil berkata: "Tiba-tiba pulak sebak..hahaha..time SPM hari tu tak buat macam tu..😭 segala harta benda tinggal luar dewan.."

Intan Suriati Abd Manaf pula berkata: "Wehhhhh sedihhhhh 🤢😭😭😭 tolong bagi dia A please cikgu 😭😭😭 all d best dik!"

"Ini antara motivasi tbaik untk mana2 budak especially budak asrama yg ddk jauh daripada family..sedih..tp itula yg jd sumber kekuatan untuk belajar rajin2 n skor.. :)" tulis Tatiana Suhaimi pula.

Selain itu, kebanyakan netizen meluahkan rasa kagum terhadap pelajar berkenaan dan menyifatkannya sebagai seorang anak yang baik.


Sumber: Mohd Shamsudin
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli