Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sos Itu Bukan Keluaran Adabi - Presiden Adabi


ADABI Consumer Industries Sdn Bhd Malaysia (Adabi) sekali lagi menafikan bahawa Sos Tiram Adabi adalah keluaran syarikatnya.

Presidennya, Adrian Roslan berkata perkara ini sudah lama timbul dan sejak dari itu pihaknya sering membuat penjelasan kepada pengguna.

Perkara ini sudah lama berlaku, sejak tahun 2000 lagi. Sejak itu, kami sering membuat penjelasan kepada pengguna, ia bukan keluaran Adabi.

Orang ramai terkeliru dengan sos tiram itu kerana ia lengkap dengan logo dan tulisan sama dengan Adabi.

Adrian juga berkata pihaknya telah bertemu syarikat tersebut bagi meminta mereka menghentikan dari terus mengguna nama dan logo Adabi pada produk sos tiram itu.

Tetapi ia tidak diendahkan. Kes ini sudah pun jadi kes mahkamah. Tahun lalu, kami sudah kemukakan kepada pihak mahkamah supaya syarikat berkenaan menarik semula nama dan logo, namun kes ini masih lagi berjalan,” katanya sebagaimana lapor Sinar Harian Online.

Adrian ketika diminta mengulas perkara ini berkata, kerana prosiding mahkamah yang terus berjalan, Adabi mengambil keputusan untuk mengeluarkan satu lagi jenama makanan iaitu Sos Makanan Laut (Seafood Sauce) pada tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli