Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas 'Ceroboh' Bilik Bapanya Yang Sedang Bersiaran Langsung, Marion Kini Bergelar Bintang Internet Popular


Jika sebelum ini dia berjaya menarik perhatian dunia kerana 'menceroboh' bilik bapa yang merupakan seorang Profesor yang sedang ditemu bual dengan stesen BBC, nampaknya hari ini Marion Kelly sekali lagi berjaya mencuit hati netizen dengan gelagat comelnya.

Marion Kelly telah dijemput untuk muncul dalam satu sidang akhbar di Korea Selatan bersama bapanya, Profesor Robert E.Kelly.


Dalam sidang akhbar berkenaan, Prof Kelly yang turut datang bersama isterinya Kim dan anak bongsu mereka James telah menjelaskan kekecohan yang berlaku dalam temubual Ahad lalu itu.

Gelagat Marion yang baru berusia 4 tahun itu telah berjaya menarik perhatian ramai dengan tingkah lakunya yang aktif selain gaya pemakaianya dengan trench coat berwarna perang muda, serta cermin mata berbingkai merah jambu.









Semasalam dalam sidang akhbar berkenaan Prof. Kelly menjelaskan dia pada mulanya sangat risau dengan kekecohan yang dicetuskan anak-anak dimana dia beranggapan dia mungkin tidak akan muncul di kaca televisyen lagi.

"Memang saya bimbang. Saya terus menghubungi BBC untuk meminta maaf.

"Ketika itu saya terfikir, 'habislah, stesen televisyen takkan panggil saya lagi selepas ini'," kata Kelly.

Namun begitu, Kelly berkata dia gembira kerana gelagat keluarganya itu sedikit sebanyak dapat menceriakan hidup orang ramai. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli