Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rasmi: Polis Dubai Kini Miliki Kereta Polis Terpantas di Dunia, Boleh Pergi 407 km/h


Bugatti Veyron, Ferrari FF atau Lamborghini Aventador sebagai kereta polis?

Itu tidak mustahil bagi Dubai, malah polis di bandar itu baru sahaja dianugerahkan dengan Guiness World Record kerana mempunyai kereta polis paling pantas di dunia - sebuah Bugatti Veyron - salah satu daripada 14 supercar yang dimiliki penguatkuasa itu.

Tapi, bagi Dubai, perkara itu biasa kerana kereta-kereta seperti Bently atau Rolls Royce berbalut emas adalah biasa-biasa sahaja di sana.

Antara koleksi supercar lain yang dimiliki oleh polis Dubai termasuklah Aston Martin One-77, Bentley Continental GT, tiga Porshe Panamera Hybrid dan dua BMW i8.

Setelah mendaftar kereta Veyron secara rasmi dalam koleksi itu, polis Dubai sekaligus memecah rekod dunia baharu. Enjin 16 silinder yang dipasang di Veyron boleh menghasilkan 1,000 kuasa kuda. Kereta tersebut mampu pergi dari 0 ke 60mph dalam dua setengah saat sahaja manakala kelajuan paling tinggi pula adalah 254 mph (407 km/h),

Rekod sebelumnya dipegang oleh polis Itali yang menggunakan Lamborghini Gallardo LP560-4, yang boleh pergi sehingga 370 km/h.

Bagaimanapun, polis Dubai tidak menggunakan kereta itu untuk mengejar penjenayah. Tetapi ia akan digunakan untuk meronda sekitar pasaraya Dubai dan Pantai Jumeirah untuk tarikan pelancong.

Tugas utama koleksi mewah itu adalah untuk mengeratkan hubungan dengan orang pelancong, jelas Major Sultan Al Marri dari Jabatan Polis Dubai.

"Kami bukannya mahu berbangga-bangga dengan kereta itu, kami cuma ingin menunjukkan kepada pelancongan bagaimana mesranya polis di Dubai" kata Sultan.

Biasanya, pelancong asing akan mengambil peluang untuk bergambar dengan kereta-kereta mewah polis di Dubai.


Sumber: CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli