Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Tak Tahu, Gigi Yang Tertanggal Boleh 'Diguna' Atau 'Disambung' Semula


Sebelum ini ramai antara jika gigi tertanggal akan membuang gigi berkenaan tanpa kita ketahui yang gigi berkenaan boleh disambung atau dipakai semula.

Lazimnya gigi tertanggal adalah sebab kemalangan, perlu diketahui gigi tertanggal dengan gigi patah adalah berbeza dan gigi yang boleh diguna semula bukanlah gigi susu kanak-kanak, sebaliknya hanya untuk gigi kekal.

Perkara ini telah diulas oleh seorang doktor Iqbal Rosali di mana beliau menerangkan gigi berkenaan boleh diguna semula tetapi perlu cepat dan ada proses-proses menyelamatkan gigi berkenaan.

Jom kita baca.

“Ha, itulah. Ibu dah pesan jangan bawa basikal tu laju-laju.” Marah Puan Normah. Gaya tipikal seorang ibu Asia apabila anak buat salah.

“Ibuuu. Gigi Lina hilang satu. Waaaaaaa.” Lina menarik bibir atasnya. Kelihatan darah berkumpul pada soket gigi kacip atas.

“Padan muka gigi dah rongak. Minggu depan luka dah baik kita pergi klinik gigi buat gigi baru. Dah masuk mandi.” Leter Puan Normah.

Makcik Normah ooiiiii. Tunggu. Baca ni dulu.

RAWATAN KECEMASAN GIGI TERTANGGAL

1. Cari gigi tersebut di kawasan anak terjatuh. Kita tidak tahu gigi itu patah separuh ke, atau tertanggal semuanya. Hati-hati jangan sampai terpijak.

2. Apabila jumpa gigi, INGAT INGAT INGAT, jangan main kaut sahaja gigi tu. Hanya pegang pada bahagian korona. Jangan kacau bahagian akar gigi.

3. Bilas gigi tadi dengan air bersih. Masih lagi memegang korona. Cuba elakkan memegang akar. Jika dibasuh dalam sinki, tutup lubang sinki, takut terjatuh pula gigi dalam lubang nanti satu hal pula. Basuh dalam 10 saat sahaja. Air bukan medium yang baik untuk mengekalkan vitaliti gigi.

4. Jika terdapat kotoran pada gigi, jangan bersihkan menggunakan apa-apa jenis kain seperti baju atau dengan jari.

5. Selepas dibilas, cuba masukkan gigi ke dalam soketnya. Jika boleh, masukkan sehingga menjadi seperti kedudukan asalnya semula. UNTUK GIGI KEKAL SAHAJA. JANGAN MASUKKAN SEMULA GIGI SUSU – akan mencederakan gigi kekal di bawahnya.

6. Jika tidak boleh, jangan paksa. Tetapi gigi itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Pastikan ia dalam keadaan tidak kering. Ada beberapa cara:

a) Rendam gigi dalam segelas susu sejuk.

b) Simpan gigi dalam bekas berisi air liur. 

c) Simpan gigi dalam mulut. Mulut ada air liur. Perlu berhati-hati dikhuatiri tertelan pula gigi itu atau gigi itu masih punya kotoran.

d) Simpan dalam bekas berisi air biasa. Pilihan terakhir. Lebih baik daripada dibiarkan gigi kering tetapi hanya sebagai pilihan terakhir.

7. Jumpa doktor gigi dengan segera. Masa memainkan peranan penting untuk menyelamatkan gigi itu. 1 jam sahaja. 1 jam – dari gigi terkeluar hingga jumpa doktor gigi.


Ha Makcik Normah. Dah baca? Faham? Okay boleh kongsikan dengan jiran-jiran.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli