Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pernah Disahkan Hidap Kanser Dan Hanya Mampu Hidup Beberapa Bulan Sahaja, Lagu Gubahan Lelaki Ini Untuk Isterinya Buat Hati Netizen Tersentuh

No Comment

Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma kita tidak tahu bila masanya akan sampai, namun, bagi mereka yang menghidapi penyakit kronik, apabila disahkan hanya mampu hidup untuk tempoh masa, pasti ianya amat memilukan.

Walaupun ianya sekadar jangkaan para doktor berdasarkan kes-kes lalu, kadang-kadang ianya mungkin betul atau tidak betul, tapi bagaimanakan mereka meneruskan kehidupan harian mereka, apa harus mereka buat? putus asa dan hanya menunggu mati? buat perkara yang ingin dibuat? atau melawan penyakit tersebut dengan semangat yang tinggi.

Ada di antara mereka yang begitu terkesan sehingga menimbulkan tekanan, kemurungan dan meruntuhkan semangat mereka untuk hidup seperti biasa.

Bagi seorang pesakit kanser ini, suadara Zack, dia telah disahkan menghidapi kanser hati peringkat akhir, di mana dia dikatakan hanya mampu hidup untuk beberapa bulan sahaja lagi.


Namun bagi beliau yang merupakan seorang anak seni rock, ianya bukanlah satu pengakhiran baginya walaupun bapanya dahulu telah meninggal juga kerana kanser hati, dia telah memenuhkan sisa-sisa hidupnya dengan mencipta lagu khas untuk isterinya yang tersayang yang mungkin akan 'ditinggalkannya' bila-bila amsa sahaja.

Pada mulanya dia telah merahsiakan perkara tersebut daripada isterinya kereana tidak mahu isterinya itu terkesan dengan berita berkeaan, namun walaupun berlagak seperti orang sihat dia tidak boleh menyembunyikan hakikatn daia sedang mengalami kesakitan.

Mengenangkan beliau cuma ada beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup, Zack telah mencipta sebuah lagu khas untuk isterinya bertajuk

Kenanglah aku di dalam doamu

Hingga kita bertemu lagi nanti

Kau dalam ingatanku buat selamanya

Lupakan semua kisah duka dirimu oh sayang

Semua lagu-lagu berkenaan telah ditulis oleh beliau sendiri di mana bait-bait lagu berkenaan ternyata begitu menyentuh hati mereka yang mendengarkanya, liriknya penuh dengan dramatis dan emosi kesedihan kerana mengetahui beliau cuma ada sedikit sahaja masa untuk meluangkan masa bersama isteri tersayang.


Walaupun katil hospital merupakan rumah keduanya, walau disekelilingnya ramia 'jiran' katilnya meninggal dunia, baginya itu bukanlah alasannya untuk mengalah, dia cuba melawan penyakitnya itu dengan menzahirkannya dalam bentuk lagu.

Zack juga memutuskan untuk sebuah gym bina badan kerana ketika melawan penyakit berkenaan dia begitu kurus, dengan disiplin senaman yang berterusan dan penjagaann diet pemakanan yang ketat beliau berjaya melawan kanser hati tersebut.

Doktor yang merawat beliau agak terkejut kerana sebelum pembedahan kadar bacaan kuning telah menurun dari 300 turun ke 200 dan pembedahan tersebut ditangguhkan dan seterusnya beliau berjaya mengurangkan lagi kepada 100.

Atas kecekalan dan semangat juang yang tinggi, Dengan izin Allah akhirnya beliau pulih dari kanser hati tersebut. Kisah beliau ini sebenarnya memberi inspirasi kepada pesakit-pesakit kanser hati bahawa tidak ada yang mustahil di dunia ini.

Jom kita dengar sebuah lagu nyanyian beliau.


Dengan lagu-lagu ciptaannya itu membuatkan ramai orang berjaya melihat bakatnya di mana kini beliau sangat rapat dengan band rock Qiara dan seringkali menjadi penyanyi undangan dan gantian persembahan pentas Qiara.

Antara lagu-lagu popular yang sering beliau nyanyikan adalah Hanya Padamu, Yang Kan Terjadi Tetap Terjadi, Menyesal dan banyak lagi. Zack juga pernah disebut-sebut sebagai penyanyi Qiara. Malah beliau juga pernah menjadi pengurus Qiara sebelum menerbitkan album sendiri bersama Madratts Records.

Namanya kini mula dikenali selepas Zack muncul secara langsung di TV1 bersama band Steel dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia serta TV3 dalam rancangan Malaysia Hari Ini. Zack juga pernah menjadi artis pembukaan konsert Rockstage 2017 bersama band Amuk, May dan Sofea. Zack bukan baru dalam industri muzik malah turut dikenali oleh artis-artis rock lagenda yang lain.



Zack juga pernah terlibat dengan konsert-konsert amal sama ada bersama band atau secara solo dimana dia telah menubuhkan band The Sometimes Group Steel gabungan antara band Ayahanda Rani Kulup dan Steel di mana pernah membuat persembahan di konsert kugiran di Dataran Shah Alam. - Siakapkeli.my

Sumber rujukan:

IG zackrockstar
FB zack rstar
FB Page zack rockstar
Twitter zack_rockstar

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli