Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perlu Sentiasa Peka Dengan Persekitaran, Lebih-Lebih Lagi Dengan 10 Taktik Penipuan Ini, Yang Wajib Diketahui Bila ‘Travel'

No Comment


Bila ‘travel’ ke luar negara, sudah banyak yang memperkatakan isu kena ‘scam’, sama ada oleh ejen tiket, atau pun tempat tinggal. Ini merupakan antara salah satu situasi yang sering dihadapi oleh mereka yang pergi ‘travel’.

Sebelum memulakan percutian, ada baiknya kita mengetahui, atau ‘study’ sedikit akan jenis-jenis ‘scam’ yang ada, juga tempat yang banyak melakukan aktiviti tersebut, seperti yang telah dikongsikan oleh saudari Alisa Omar ini, dan sebahagiannya berdasarkan pengalamannya sendiri.

Jom kita lihat jenis-jenis ‘scam’ yang ada di beberapa negara ini.


10 Teknik Penipuan Yang Kita Wajib Tahu Ketika Travel

Walaupun kita sangat berhati-hati dengan keadaan sekeliling kita, risiko untuk kita ditipu oleh travel scammers tetap ada. Aku pernah kena tipu oleh pemandu teksi di Venice dan Malta, oleh makcik yang kasi bunga "free" kat aku masa kat Cambodia, tapi ended up kena bayar, dan banyak lagi kes yang aku alami. Tu dah tahap hati-hati dah tu. Siap buat homework bagai.

Di sini aku nak kongsikan 10 travel scams yang kita wajib tahu:


1. Meter rosak

Bila kita nak ambil teksi untuk pergi ke suatu tempat, kita dengan senangnya akan terdedah dengan risiko ditipu oleh pemandu teksi. Sama ada dia drive ambil jalan jauh ataupun dia kasi alasan meter rosak, semua untuk buatkan kita bayar rate lagi mahal. Ada banyak cara lagi seperti hack meter supaya berjalan dengan lebih laju, tapi dua cara di atas adalah cara yang selalu dia orang pakai.

Solusi: Sebelum nak ambil teksi, tanya driver tu dulu. Dia akan pakai meter ke tak? Kalau dia kata tak pakai sebab meter rosak, kita negotiate harga dengan dia. Tapi bila dia kata meter rosak pon, da tunjuk red flags dah. Tapi kalau dia cakap dia boleh kasi harga lagi baik dari harga pakai meter, red flags tahap kritikal! Lupakan saja, dan cari teksi yang lain.

Kat mana aku jumpa scam ni: Venice, Italy. Tallin, Estonia. Valetta, St. Julian's, Malta. Kuala Lumpur, Malaysia dan merata-rata tempat.

2. Bunga "Percuma"

Kalau ada orang yang approach kita sebab nak kasi kita bunga percuma, jangan ambil. Simpan tangan tu dalam poket. Kalau kita ambil, orang tu akan minta bayaran pada bunga yang kita "beli". Harga pon tak tetap, ikut kemahuan mulut dia. Untuk sebentuk bunga tu, ada yang dia letak 10 dollar, ada pulak yang letak 5 dollar. Padahal bunga tu ko boleh petik kat tepi jalan je.

Solusi: Simpan tangan dalam poket dan beredar dari area tu. Dia orang ni boleh bertindak memaksa dan agresif. Bila ko cakap tak nak, dia akan cuba selit bung tu kat mana-mana yang dia boleh selit kat ko. Kalau tak boleh selit kat poket, dia selit kat belakang baju. Jadi, beredar cepat-cepat.

Kat mana aku jumpa scam ni:
Venice, Italy. Phnom Penh, Cambodia.

3. Pengemis

Bila ada budak datang, mengemis mintak duit dengan kita, agak susah untuk reject. Kesian kot. Tapi, kalau kita kasi dia duit, bermakna kita sokong sindiket mengemis yang didalangi oleh penjenayah. Bukan tu je, kita akan attract pengemis lain untuk mintak duit dari kita, sebab dia orang nampak kita ni jenis senang "bersedekah".

Solusi: Refuse the offer politely. Tapi kalau dia cuba bertindak kasar, abaikan saja. Buat bodo je. Kalau nak buat charity sikit, belikan dia makanan instead of bagi duit.

Kat mana aku jumpa scam ni: Di merata-rata tempat.

4. Kereta/motor sewa rosak atau dicuri

Ada sesetengah car rental companies, terutamanya yang jenis dodgy, akan tuduh yang kita rosakkan dan calarkan kereta during the time kita pakai kereta tu, dan mintak duit ganti rugi. Padahal dia memang tahu pon yang bekas calar tu dari trip yang lepas. 

Sama juga kalau motor atau kereta dicuri. Jangan terkejut kalau yang curi motor tu adalah tuan kedai sewa motor tu sendiri. Ni hanyalah cara untuk buat duit extra dari payment "ganti motor baru".

Solusi: Lepas saja kita selesai proses register kereta/motor, jangan lupa ambil gambar kereta/motor tu, terutamanya bahagian yang da calar atau kemek. Untuk kes curi pulak, kita guna kunci kita sendiri, instead pakai kunci yang owner kedai kasi. Sebab dia orang ada kunci spare. Masa nak register untuk sewa kereta, jangan letak alamat hotel yang kita duduk.

Kat mana aku jumpa scam ni: Dubai, UAE. Kampot, Cambodia.


5. Metro Train Passes

Kalau kita di Paris, kalau kita tengah keliru macam mana nak beli tiket dari ticket kiosk machine, ada la hamba Allah yang datang dan cuba "bantu" kita yang confused. Dia akan cuba yakinkan yang kad debit/credit kita tak diterima oleh kiosk dan dia sanggup beli pakai kad dia.

Apa yang kita tak sedar, dia memang pakai kad dia dan beli tiket dari kiosk. Tapi dia akan swipe tiket yang dia beli tadi dengan tiket yang dah memang ada dalam poket dia. Kebanyakan orang tak kan nampak betapa liciknya proses ni sampailah bila tiba di destinasi kita, tapi tak boleh swipe kad untuk keluar. 

Kad yang kita pakai tu adalah kad untuk kanak-kanak (60 sen), tapi kita bayar orang tu dengan harga penuh untuk day pass, 20 Euro. Dah la kena tipu, kena denda pulak sebab pakai tiket tak sah.

Solusi: Kelirulah macam mana pon, abaikan orang yang nak tolong tu. Approach pegawai metro train yang sah untuk bantuan.

Kat mana aku jumpa scam ni: Alhamdulillah so far aku belum kena. Tapi ada yang dah kena kat Paris.

6. Dah book hotel dah?

Bila kita ambil teksi kat airport, ada sesetengah driver akan tanya, "da booked hotel dah?". Kalau kita cakap dah, dia akan create cerita yang hotel tu da tutup atau fully booked. Bukan takat hotel je, aktiviti nak buat during travel pon sama. Tujuan dia, supaya dia boleh bawa kita ke hotel yang da memang sedia komisyen untuk dia kalau die bawak pelanggan.

Solusi: Print dan bawak hard-copy hotel booking kita, sekali dengan contact details hotel tu. Telefon hotel tu sendiri dan pastikan cerita pemandu teksi tu. kalau dia masih cuba nak yakinkan yang hotel tu da penuh atau tutup, suruh dia bawak kita juga ke hotel tu.

Kat mana aku jumpa scam ni: Jakarta, Indonesia. Bali, Indonesia. Ho Chi Minh, Vietnam.

7. Pegawai polis palsu

Agak menakutkan la kalau kita kena approach oleh pegawai polis yang tetiba minta kita tunjukkan passport ataupun dompet. Alasan dia, nak tengok sama ada kita ada simpan duit palsu ke tak. Apa yang lebih menakutkan bila kita dapat tau kita kasi dompet kita pada pegawai polis palsu.

Solusi: Jangan keluarkan passport atau dompet kita sehinggalah pegawai polis tu tunjuk ID yang sah. Bagi tahu dia orang yang kita nak call balai polis yang terdekat untuk mengesahkan identiti dia orang. Kalau dia orang kata kita tak boleh call, abaikan saja dan walk away. Atau ugut untuk bawak dia orang ke balai polis berdekatan.

Kat mana aku jumpa scam ni: Alhamdulillah so far aku belum kena. Tapi scam ni ada di mana-mana.


8. Tukang angkat beg

Bila ada orang sukarela nak tolong angkat beg kita dari jeti ke ferry, atau dari airport ke dalam teksi, abaikan saja offer tu. Sebabnya, kalau kita cakap ya, memang dia orang akan bantu, tapi lepas tu mintak upah. Sama seperti scam bunga, harga upah tak tetap, ikut kemahuan mulut dia nak letak berapa.

Solusi: Refuse the offer politely. Pastikan kita genggam rapat beg kita. Sebab dia orang ni boleh terus pegang beg kita dan letak beg dalam ferry begitu saja.

Kat mana aku jumpa scam ni:
Vung Tau & Ho Chi Minh, Vietnam.

9. Cincin emas

Ketika kita ronda di Paris, ataupun Athens ke, tetiba ada orang panggil dan approach kita. Kemudian dia tanya, cincin emas yang dia jumpa atas jalan ni, kita punya atau tak. Selalunya kita akan cakap tak. Tapi si penipu ni akan cuba bagi alasan sebanyak mungkin supaya kita ambil jugak cincin tu. Contoh alasan, agama dia tak izinkan untuk pakai jewelery. Ada pula si penipu yang cuba menjual cincin ni pada kita.

Solusi: Abaikan saja dan walk away.

Kat mana aku jumpa scam ni: Alhamdulillah so far aku belum kena. Tapi scam ni banyak ada di Eropah.

10. Copycat Menu

Lepas kita order makan, kita makan, bile tiba bayar bil, mata terbeliak sebab bil makanan terlampau mahal. Tapi, seingat kita, masa kita order makan tu, harga nasi goreng tak cecah sampai 15 dollar pon. Tapi dalam bil stated nasi goreng yang kita order berharga 15 dollar. Apa yang kita tak tahu, kita diberi menu yang sama tapi at cheaper price oleh pelayan. Lepas order saja. dia orang akan tukar pada menu yang sama tapi dengan harga pelancong.

Solusi:
Simpan satu menu yang diberi pada kita dan simpan dengan kita sampai kita diberi bil.

Kat mana aku jumpa scam ni: Alhamdulillah so far aku belum kena. Tapi scam ni banyak ada di China.

- Siakap Keli

BACA: Murah Tidak Semestinya Terbaik, Elakkan Diri Anda Dari Menjadi Mangsa Travel ‘Scam’ Dengan 6 Tips Ini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli