Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pada Usia 7 Tahun, Budak Lelaki ini Sudah Ada Bisnes Sendiri (Biarpun Kecil) & Mula Menyimpan Wang Untuk Kolej


Ketika dia berusia 3 tahun setengah, Ryan Hickman melawat rePlanet Recycling Center di California dan menemui misi hidupnya.

Keesokan harinya, Ryan mengumumkan kepada ayahnya: "Bisnes baru saya! Saya akan mengambil semua tin dan botol dari semua orang di kawasan ini.".

Hari ini, pada usia 7 tahun, dia adalah CEO, pengurus dan pekerja syarikat Ryan's Recycling Company. Kini, dia mempunyai 50 pelanggan dan telah berjaya menguruskan lebih 200,000 botol dan tin terbuang.

Biarpun Ryan berkata dia tidak ingat bila semuanya bermula (ketika dia berusia 3 tahun setengah) dia masih lagi bersemangat dengan misinya itu dengan sebab: "Ia adalah kerana botol boleh pergi ke laut dan haiwan boleh sakit dan mati," kata Ryan.

Ryan di awal aktiviti kitar semulanya.


Menurut bapa, Damion Hickman, Ryan berjaya menyimpan lebi $11,000 (RM49,000). Semua duit itu telah disimpan ke akaun untuk ke kolej, biarpun Ryan berkata dia mahu membeli sebuah trak sampah besar.

Menerusi satu temuramah bersama CNN, bapa Ryan berkata setakat ini wang itu disimpan untuk perbelanjaan kolej namun apabila Ryan sudah berusia 18 tahun, dia boleh membuat keputusan sendiri.

"Ya, tapi saya mahu beli trak," kata Ryan.

Selepas empat tahun dalam bisnes ini, jiran-jiran mula mengenali Ryan dan perkhidmatannya. Malah ada juga yang menelefon Ryan untuk mengambil barang-barang boleh kitar-semula di rumha mereka.

Di sekolah pula, aktiviti kegemaran Ryan adalah membantu tukang cuci, Mr. Jose, mengasingkan sampah.

"Saya dan isteri menyokong apa yang dia lakukan dan kami sudah beritahu, dia boleh berhenti bila-bila dia mahukan," kata Hickman.

"Saya mahu melihat dia bermain bersama rakan-rakan. Tapi kitar semula membuatkan dia gembira. Malah, dia turut merekrut rakan-rakan (dalam syarikat). Jadi, Ryan dan rakan-rakannya kini menolong Mr. Jose."

Ryan bersama rakan-rakan. Foto: CNN

Hickman, seorang pereka grafik berkata "usaha syarikat itu adalah '100% usaha Ryan, tetapi sudah tentu saya pemandunya'. Setiap tiga minggu mereka akan ke pusat kitar semula.

Sumber: CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli