Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nenek Ini Adalah Jurufoto Tertua di China, Sudah Berusia 105 Tahun Tapi Masih Aktif Mengetik Butang Kamera



Di usia 105 tahun, Li Yuzhen adalah salah seorang jurufoto tertua dan berpengalaman dalam dunia ini.

Menurut Li, dia sudah menjebakkan diri di dalam dunia fotografi selama 64 tahun. Dia mula menggemari fotografi apabila berkahwin dengan suaminya pada 1953.

Suami Li mempunyai satu studio foto kecil di wilayah Guandong dan mengajar semua ilmu fotografi yang dia tahu kepada Li.

Kerana minat yang mendalam, Li bukan sahaja menjadi jurufoto, malah dia juga menjadi pengurus sebuah studio foto lain dan menjadi saksi kepada perkembangan fotografi di China sejak berdekad-dekad lalu - dari hitam putih ke digital.



Hari ini, Li membantu menguruskan sebuah studio foto vintage milik anaknya di Lianhui, Guangxi.




Li berkata antara subjek yang paling diminati untuknya mengambil gambar adalah keluarganya sendiri.

Li juga tidak ketinggalan dalam dunia teknologi moden. Dia turut mengajar cucu-cucunya tips-tips untuk mengambil gambar menggunakan telefon pintar.

Sumber: China Daily





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli