Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mustahil Untuk Menolak Semula Kepala Bayi Masuk Ke Dalam Rahim, Doktor Ini Jelaskan Mengapa Tindakan Tersebut Tidak Masuk Akal

No Comment


Dalam perihal menyambut kelahiran bayi, semua pasangan harus tahu apa yang perlu dilakukan ketika berada dalam saat kecemasan, dari awal pecah ketumban, sehinggalah saat melahirkan cahaya mata.

Suami, atau isteri perlu peka akan hal yang berkaitan dengan proses kelahiran ini, tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan sesuatu tindakan mengikut logik akal sendiri, kerana ia mungkin akan mencederakan bayi, juga ibu tersebut.

Menurut perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi yang telah menerangkan mengenai tindakan menolak semula kepala bayi yang telah keluar dari celah kangkang, adakah ianya dibolehkan berbuat demikian?

Mari kita ikuti penjelasan darinya.

TOLAK KEPALA BAYI

Ini hanya pandangan peribadi saya sahaja berdasarkan satu soalan ringkas yang saya terima :

"Bolehkah kepala bayi yang dah keluar celah kangkang ditolak masuk semula, kemudian terus buat pembedahan untuk keluarkan bayi tersebut? Lepas tu, bayi tersebut mati pula dan kononnya sebab kepala bayi ditolak masuk secara paksa walaupun dah ada celah kangkang."

Apabila kepala bayi dah keluar, adalah mustahil untuk ditolak masuk kembali. Jika pernah sambut bayi, tentu tahu bahawa ia agak mustahil untuk menolak semula kepala yang telah keluar, lebih-lebih lagi jika dah celah kangkang.

Kepala bayi terkeluar, dan kecemasan

Sekiranya kepala bayi telah keluar dan bayi viable (masih hidup) serta dalam keadaan kecemasan, doktor akan menggunakan instrumen seperti forcep atau vakum untuk membantu mengeluarkan bayi dengan segera jika memenuhi syarat, bukan pembedahan. Jika instrumen gagal, barulah pembedahan akan dipertimbang.

Bahu tersangkut

Sekiranya kepala bayi dah keluar celah kangkang dan bahu bayi tersangkut, ada beberapa maneuver (posisi) yang akan dibuat untuk mengeluarkan bayi, bukan pembedahan.

Kepala bayi terkeluar, tetapi bayi sudah meninggal

Sekiranya kepala bayi dah keluar tapi bayi dah meninggal, kebiasaannya doktor akan biarkan proses kelahiran itu melalui jalan bawah sahaja, bukan pembedahan, kerana risiko pembedahan kepada ibu adalah lebih tinggi berbanding melahirkan bayi yang telah meninggal dunia melalui jalan bawah.

Tangkai uri terkeluar

Tetapi, jika sebenarnya kepala bayi belum keluar namun bayi berada dalam kondisi tertentu, ada kemungkinan pembedahan akan dilakukan untuk menyelamatkan bayi contohnya tangkai uri terkeluar (cord prolapse) atau bayi lemas (fetal distress).

Dalam kes tangkai uri terkeluar, sesiapa yang memeriksa bukaan dan mendapati ada tangkai uri terkeluar, sememangnya dia akan menolaknya ke dalam bagi menyelamatkan bayi. Dalam situasi tertentu, kepala bayi (yang masih dalam rahim) akan ditolak sedikit bagi mengelakkan ia menekan tangkai uri yang terkeluar dan seterusnya pembedahan kecemasan akan dilakukan.

Kondisi membahayakan nyawa ibu dan anak

Satu kondisi lagi ialah keadaan yang membahayakan nyawa kedua-dua ibu dan anak contohnya abruptio placenta, embolism, dan lain-lain.

Abruptio placenta ialah uri berpisah daripada dinding rahim sebelum bersalin menyebabkan pendarahan, bayi lemas dan kontraksi kuat walaupun jalan bawah belum buka sepenuhnya.

Amniotic fluid embolism pula ialah keadaan di mana cecair ketuban memasuki saluran darah ibu yang boleh menyebabkan kematian si ibu dan seterusnya anak.

Dalam kondisi ini, pembedahan kecemasan juga akan dijalankan, dan jika sangat bernasib baik, kedua-duanya akan selamat. Namun, jika nyawa ibu sahaja yang selamat, bersyukurlah kerana suami tidak ditinggalkan keseorangan dan pasangan ini masih ada peluang untuk berusaha mendapatkan zuriat lagi pada masa akan datang.
Abruptio placenta. Pemisahan uri daripada dinding rahim sebelum bersalin menyebabkan pendarahan yang banyak dan membahayakan nyawa ibu dan anak.

Shoulder dystocia. Kepala telah keluar ke celah kangkang melepasi vagina, namun bahu tersangkut.

Cord Prolapse. Tali pusat / tangkai uri terkeluar dari rahim, dan kepala bayi mungkin menekan tali pusat / tangkai uri tersebut hingga menjejaskan peredaran darah pada tali pusat / tangkai uri seterusnya membahayakan nyawa bayi.

Keutamaan pada setiap masa adalah nyawa ibu. Bersyukurlah jika nyawa ibu terselamat dan seharusnya si ibu perlu berterima kasih kerana membantunya berikhtiar untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Medical Mythbusters Malaysia
11 Mac 2017

- Siakap Keli

BACA: "Maafkan Ibu Khaif, Kerana Tak Makan Asid Folik Seawal 3 Bulan Hamil, Umur 5 Tahun Khaif Dan Kena 18 Kali Operation"
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli