Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jemput Datang Ke Kebun Saya Di Kuala Pilah Untuk Habiskan Buah Langsat Secara Percuma, Ada 53 Pokok Berbuah Lebat


Seorang lelaki bernama, Khamaruzaman Yusof telah mempelawa orang ramai yang datang ke Kuala Pilah sempena cuti sekolah minggu depan agar datang ke kebun buah miliknya di mana dia berbesar hati untuk memberikan buah langsat secara percuma untuk di makan sampai puas.

Menurut beliau, terdapat kira-kira 53 batang pokok langsat miliknya berbuah lebat, tetapi mereka yang datang perlulah memanjat pokok berkenaan sendiri di mana pokoknya tidak terlalu tinggi.

"Saya telah tanam pokok ini sejak tahun 1992, ketika ini ada kira-kira 53 batang pokok berbuah lebat, saya rasa ianya cukup untuk mereka yang datang ke sini," tulisnya di laman Facebook.

Untuk mereka yang datang ke kebunnya, mereka dilarang sama sekali untuk mengambil buah langsat untuk dijual, tetapi hanya untuk dimakan, dia rela mereka ambil buah sampai habis.

Beliau juga mengamanahkan kepada orang yang datang ke kebunnya agar tidak mengambil buah durian rendah yang ditanamnya, selain itu dia meminta orang ramai tidak mengganggu sarang kelulut yang ada di kebunnya itu di mana terdapat kawalan CCTV.

DILARANG AMBIL durian rendah dan kacau sarang kelulut.



"

Ketika itu saya bermusafir ke Bangkok dan utara Thailand dan tidak tahu balik bila, jadi datanglah ambil buah, buat mcm pokok sendiri."

"Saya mengizinkan buah langsat di kebun saya diambil sehingga habis, tetapi hanya untuk dimakan dan bukannya dijual," tegas beliau.

Untuk mereka yang datang ke Kuala Pilah bolehlah datang ke kebun Encik Khamaruzaman di alamat 20a, kg. Bukit, Senaling, Kuala Pilah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli