Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Melawat Ibu Dan Bayi Baru Lahir , Ini Pantang Larang Yang Kita Selalu Buat & Terlepas Pandang, Selepas Ini Perlu Lebih Ambil Serius

No Comment

Bila dapat tahu ahli keluarga, saudara, atau sahabat mendapat zuriat, kita sudah pasti akan menumpang gembira, mana tidaknya, ada pertambahan ahli baru dalam keluarga, dan ia adalah saat yang dinanti-nantikan buat semua.

Mungkin buat seketika, ibu dan bayi perlu berada di hospital, dan selepas itu boleh pulang ke rumah sekiranya bayi dan ibu dalam keadaan sihat. Pada masa inilah, akan ramai dari kenalan, dan keluarga datang berkunjung ke rumah untuk menziarahi bayi tersebut.

Namun begitu, jika datang melawat, seharusnya kita tahu serba sedikit akan ‘pantang larang’ ketika ziarah bayi, dan ibu, dan ianya telah dikongsikn oleh Dr Taufiq Razif akan perkara ini,

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Kalau nak gi melawat baby yang baru lahir ada beberapa benda kita tak boleh buat tau.

1. Jangan sesuka hati cium bayi orang

Lebih-lebih lagi kalau tak mintak izin parent baby tu. Main angkat dan cium je. Baby ni cuma ada sistem imun yang sangat basic. Banyak kuman pada orang dewasa yang sangat mengancam nyawa si baby tu.

2. Jika merokok, jangan dekati bayi

Kalau merasa diri tu perokok, jangan sesekali duduk dekat dengan baby tu. Mungkin korang merokok 2 atau 3 jam yang lalu tapi partikel nicotine dan bahan kimia dalam asap rokok tu masih ada kat pakaian, rambut dan kulit korang. Partikel toksik tu dinamakan third hand smoke dan boleh jadi penyebab kanser tau.

3. Tidak pegang cawan panas, sewaktu dukung bayi

Jangan dukung baby orang sambil pegang cawan air panas. Tak boleh bayangkan kalau tiba-tiba cawan tu tertumpah atas anak orang!

4. Jangan terlalu 'push' ibu

Jangan terlalu banyak bagi tips itu dan ini kat ibu muda tu. Ibu yang baru pertama kali melahirkan anak cuma perlukan sokongan daripada orang sekeliling je.


5. Jangan ganggu bayi tidur

Jangan kita pergi kejutkan baby yang tengah tidur tu. Kononnya nak tengok mata baby sama macam mak ayah dia la. Nak tengok baby senyum sebijik atuk atau nenek dia la. Jangan! Kita tak tahu dah berapa lama masa si ibu tu nak tidurkan anaknya. Jangan sampai ibunya yang tengah berpantang tu stress gara-gara kita ye. Ingat, stress boleh memicu penyakit meroyan ( postpartum depression ).

Perkara yang saya sebutkan kat atas banyak dilakukan oleh kita tanpa kita sedari sebenarnya. Sebab tu pentingnya kita saling ingat mengingati tentang ilmu nak bertandang ke rumah keluarga yang ada baby baru lahir ni.

p/s : Semoga ilmu yang saya kongsi ni bermanfaat untuk kesihatan baby kita semua ye dan jangan lupa ingatkan pada yang lain juga ye.

- Siakap Keli

BACA: Gara-Gara ''Shaken Baby Syndrome'' Atau Sindrom Goyang Bayi, Otak Anak Saya 80% Rosak Dan Hanya 20% Masih Berfungsi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli