Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Mak Tau Lepas Kawin, Anak Mak Memang Tak Pandai Menyimpan," Kisah Mentua Hebat Dan Geran Tanah Hasil Wang Bulanan Diberi Padanya

No Comment

Ramai antara kita yang tidak dapat membuat sebarang simpanan apabila gaji masuk, lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Bagi seorang lelaki, tanggungjawabnya bukan kepada keluarganya semata-mata, jika masih mempunyai ibu dan bapa, mereka masih perlu bertanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa mereka di mana mereka turut perlu memberikan nafkah kepada mereka.

Terbaca admin kisah yang dikongsikan di laman Facebook KRT, kisah seorang mentua yang hebat, di mana dia tahu anaknya tidak pandai menyimpan, jadi hasil dari wang bulanan yang diperolehnya dia telah lakukan sesuatu yang membuatkan anaknya terharu. Jom kita baca.

Hi admin

Ni kisah Mak mertuaku terhebat.

Dari mula kawin kami tinggal di kl. Suami saya seorang askar. Tinggal di quaters. Duit untuk mak dia memang dah siap potong dari gaji begitu juga potongan untuk isteri.

Sebab bila mereka operasi, tiada masalah nafkah mak dan isteri terabai. Citanya sejak kawin walaupun RM200 suami potong dari gaji automatik untuk mak dia..mak dia akan mintak lagi RM200 pada 25 hb( hari kebiasaan gaji) cuma bonus memang dia tak mintak.

Saya suri rumah. Jaga anak sendiri sejak berhenti kerja. Tiap 25 dia akan call saya ataupun suami nak tunggu bank in RM200 tu masuk kalau tak dia tak nak balik dari bandar.

Memang awalnya saya geram. Yelah kadang tak sempat nak keluar 25 hb. Sejak ada cimb click..makin tak ada alasan lah nak bank in. Suami diam je bila saya cakap kan dah buat potongan RM200 kenapa minta lagi RM200.

Suami cakap "lihat rezeki kita. Tak pernah beras habis sebelum gaji. Makan ayam sampai muak tak tau nak makan apa. Jangan mengeluh." 

Saya diam sebab memang betol. Potongan saya pun saya pakai makan ke holiday ke dengan suami dan anak. Gaji dia untuk bayar kereta..lauk dan belanja kerja. Kelengkapan anak sentiasa cukup.( bil api air masuk slip gaji bayar). Anak kami dua orang semakin besar. Umur perkhawinan dah masuk 12 tahun.

Tahun lepas kami balik sarawak. Mak ajak jalan. Saya dah pakai bedak baju lawa minyak wangi. Sekali dia drive sampai hutan. Dia bagi surat. " nah ini dia harta korang." tengok nama kedua anak kami dalam surat tanah tu.

Besar luas tanah tu. "Duit dari mana mak beli tanah ni?" suami tanya. "la.. Tiap bulan mak mintak..RM200 kamu bagi RM400. ( rupanya dia tak tau ada RM200 tu potongan automatik). Mak dah kumpul kat asb."

"Sebabnya mak tau lepas kawin anak aku tak pandai menyimpan. Kalau dia bagi isteri dia simpan. Akan ada syaitan hasut suruh ambik. Ada je kesusahan datang dah ambik simpanan. Kalau mak mintak dan simpan. Syaitan pun takut nak mintak."


Saya terkedu. Terasa ada dosa sebab ada perasaan sedikit menyampah masa bank in suatu ketika dulu. Suami tanya lagi. "Kenapa tak letak nama saya ke nama isteri dalam geran?"tau mak mertua jawab apa."andainya kamu mati. Ni la harta anak kamu. Adik beradik suku sakat bau bacang semua tak boleh usik. Mak dah tua. Tak tau bila masa boleh mati. 

Ikutnya adik beradik tamak. Bini kamu dapat apa?" Akan di tuntut hak konon. Masa tu kami diam je tak tau kata apa. Sekali dia cakap. " mulai bulan depan. Mak nak up lagi seratus. Mak nak tanah ni di jadikan ladang sawit.


Tak lama lagi kamu pencen. Mak nak anak mak ada masa depan. Orang pencen biasanya terbuta dengan duit. Bila nama tanah ni nama anak kamu maka korang akan berfikir 10 kali andai nak bercerai.

Mak tambah dengan sawit nanti lagi la tak buta warna nak buat kesalahan. " lagi kami terdiam. Jauh betol pemikiran mak. Terharu sebab dalam diam di usaha untuk bahagiakan kami laki bini. Selama ini sesen duit anak dia, dia tak sentuh.

Sebab bapak mertua bagi secukupnya duit untuk mak. Mampukah aku kelak jadi mak mertua sehebat dia. Tak pernah bising walau menantu bangun kol 8. Sebab dia kata. Biarlah dia tido puas. Kat kl dia dah bangun awal urus anak dia nak turun kerja..cucu nak ke sekolah.

Orang kata pelajaran di rumah bermulanya kehidupan. Betol. Sebab masa saya pantang atau demam. Segala hal di rumah di uruskan suami lagi baik dari saya. Masak punyalah sedap sebab menipu la kalau askar tak reti masak. Ingat kat hutan ada orang nak masak? Sapu mop memang bersih.

Kat kem pun bukan tak buat. Sampai rumah co pun depa bersihkan tau. Semoga kita dapat menjadi mertua yang baik seperti beliau kelak. Aku dan kamu bakal jdi mertua. Bersamalah kita mencorakkan hidup memakai pangkat kelak.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli