Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Beli Ubat Kurus Dari Luar Negara, Wanita Obesiti Ini Berjaya Turun Berat Dengan Mendadak, Tapi Tidak Sangka Pil Yang Diambilnya Mengandungi Telur Cacing Pita

No Comment

Gambar Hiasan

Menginginkan badan yang kurus, dan sihat sudah menjadi satu penanda aras buat kita semua, yang mana jika kurus, kita akan dilihat cantik buat mata masyarakat. Tapi, jika caranya tidak betul, bagaimana ingin dapatkan badan yang kurus, juga sihat.

Tiada makna kalau kurus, tetapi sakit, atau terpaksa berhadapan dengan kesan sampingan kerana ubat-ubatan, atau ‘supplement’ yang diambil, dalam jangka masa yang panjang.

Produk yang ada di pasaran juga bukanlah baik, kerana menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Hana Hadzrami, kandungan yang terdapat dalam produk kuruskan badan telah dicampurkan dengan bahan terlarang.

Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Gambar Hiasan

KURUS

"Doktor, selamat kah produk kuruskan badan yang ada dipasaran sekarang? Ada yang dakwa kandungan produk mereka semuanya bahan semulajadi. Tiada bahan kimia."

Demikianlah antara pertanyaan di peti mesej Facebook saya.

Fakta tentang produk pengurusan berat badan:

1. Bahan alami takkan berkesan

Produk yang menggunakan bahan alami takkan berkesan. Chitosan, Garcinia, cuka epal dan sebagainya tak terbukti berkesan mengurangkan berat badan. Testimoni bergambar model 'sebelum-selepas' yang digunakan bukanlah disebabkan produk tersebut. Itu hanya helah penjual saja.

2. Dicampurkan dengan dadah terlarang

Produk yang berkesan pastilah menggunakan ubatan tertentu. Produk kurus tempatan yang menjanjikan hilang berat tanpa senaman kebanyakannya dicampurkan dengan dadah terlarang Sibutramine. Produk ini menyebabkan banyak kesan sampingan.

3. Kafein berdos tinggi 

Ada juga produk yang mengandungi kaffein berdos tinggi dan ubat penambah tenaga, untuk kegunaan mereka yang kerap bersenam. Tujuannya ialah untuk menambahkan daya tahan senam. Jika anda ambil produk jenis ini tanpa niat bersenam, pasti tak boleh duduk diam kerana jantung bergerak laju. Ia tak sesuai bagi mereka yang berpenyakit dan berpotensi membebankan hati buat jangkamasa panjang.


Perkara yang lebih penting bukanlah nak kurus tetapi mengamalkan gaya hidup sihat. Buat apa cepat kurus jika paras kolesterol tinggi, sakit sendi, badan lembik dan tiada stamina? Lebih baik bersenam dan hilangkan berat secara perlahan-lahan bagi mendapatkan manfaat maksimum.

Faedah senaman adalah jauh lebih besar dari sekadar menghilangkan berat badan:

🔹Bersenam boleh mengurangkan risiko penyakit seperti stroke, darah tinggi, kencing manis dan sindrom metabolik

🔹Bersenam meningkatkan metabolisma badan dengan menambahkan jisim tisu otot berbanding jisim tisu lemak

🔹Bersenam meningkatkan stamina

🔹Bersenam memperbaiki mood dan membolehkan tidur lena

🔹Senaman dengan pemberat (weight training) bermanfaat bagi pesakit sendi (osteoarthritis) untuk menguatkan otot. Otot yang kuat akan mengurangkan bebanan sendi.

🔹Senaman terbukti mengurangkan risiko nyanyuk (Alzheimer) dan mengekalkan kecerdasan otak bagi mereka yang berumur

🔹Senaman mengurangkan risiko kanser

🔹Senaman boleh memperbaiki kehidupan seks bagi mereka yang berumahtangga.

Jadi, lupakan saja ubat kurus! Makanlah secara sihat (eat clean) dan bersenam secara berkala 150 minit seminggu.

Lagipun kurus secara makan ubat atau diet melampau akan menyebabkan anda melantun gemuk semula dengan cepat apabila berhenti makan ubat. Ini kerana badan berubah dari mode kebuluran kepada mode simpanan. Cepat kurus, cepatlah gemuknya.

Foto: The New York Times

Saya tak boleh lupa kisah seorang wanita gemuk yang terdesak membeli pil kurus secara online dari luar negara. Memang berkesan pil tersebut. Hanya beberapa biji dimakan menyebabkan berat badannya turun mendadak. Efeknya berterusan pula walaupun dah berhenti makan ubat tersebut.

Hinggalah dia menjadi kurus kering dan mengalami berbagai masalah kesihatan. Apabila berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan, nak tahu apa masalahnya?

Pil yang dijual itu mengandungi ratusan telur cacing pita. Telur cacing yang ditelan menyebabkan ribuan cacing pita beranak-pinak dalam ususnya dan menelan segala zat makanannya.

Patutlah kurus.

Hana Hadzrami
Tiada jalan pintas untuk mencapai perkara baik

Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli