Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Sondol Kepala Tembusi Skrin Komputer Selepas Bengang Ahli Pasukan Lain 'Noob' Main Game



Berang dengan prestasi teruk pasukannya, seorang lelaki 'hardcore gamer' bertindak menyondol kepala sehingga menembusi skrin komputer bagi melepaskan perasaan geram.

Menurut Shanghaiist, lelaki tersebut naik angin selepas kalah dalam permainan League of Legends.

Lelaki terbabit 'menembak' tepat kepalanya ke arah skrin komputer yang digunakan sehingga kepalanya terlekat di situ.



Tidak pasti berapa lama kepalanya tersangkut sebelum rakan dan pekerja di pusat komputer tempat dia bermain membantunya keluar. Tapi orang ramai ramai di pusat komputer itu sempat mengambil gambar dan memviralkannya di internet.

Turut dilaporkan kepala lelaki itu berdarah selepas tindakannya itu.

Kejadian terbabit berlaku di Lanzhou, China pada Khamis lepas. Seorang pemberita tempatan yang mengunjungi pusat komputer itu berkata pekerja di sana mengesahkan perkara itu berlaku sambil menambah mereka telah membuang skrin komputer malang itu.


Sumber: Shanghaiist
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli