Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Ratusan Kambing Di Ladang Saya Mati Dalam Keadaan Ngeri Tengkuk Patah, Mata Dikorek, Mulut Hancur Seperti Dikunyah Angkara Sihir


Perbuatan haram sihir menyihir atau santau menyantau bukanlah perkara baru, ada yang mengatakan ianya sudah tidak wujud pada zaman moden ini, tetapi ramai yang mendakwa ianya masih diamalkan kerana pernah menjadi mangsa.

Terbaru, seorang mengusaha ladang kambing bernama Encik Ariffin Sabirin ladang kambing yang telah diusahakannya telah dikhinat di mana sesuatu yang mengerikan telah berlaku kepada kambing-kambing peliharaannya.

Menurut beliau ladangnya telah disihir berkali-kali sehinggakan ratusan ekor kambingnya mati dalam keadaan yang mengerikan. Jom kita baca.


SAYA SEORANG POSITIF.

Dengan pengalaman meniaga belasan tahun aku pulang ke Segamat selepas 27 tahun dengan nawaitu untuk membantu menaikkan nama Segamat & melonjak sosio ekonomi penduduk tempatan.

Wasilah Farm ditubuh & strategi diolah. Nama dilonjak sehingga peringkat negeri jadi sebutan.

SAYA SEORANG POSITIF.

Selama 19 bulan beroperasi aku dihujani serangan sihir tanpa henti dari penduduk tempatan yang tidak senang dengan kemajuan Wasilah Farm . Hantu raya , bomoh indon, bomoh siam, bomoh orang asli, bomoh hindu semuanya dihantar siang & malam.

Kandang bergegar setiap waktu. Dihempas jin laknatullah setiap detik.

Ratusan kambing mati dalam keadaan ngeri tengkuk dipatah , mata dikorek , mulut dikunyah. Pekerja sakit. Saya sekeluarga sakit. Kata kawan yang pandai syifaq penduduk tempatan yg beraja sihir & mabuk syirik itu saat ini sedang ketawa berdekah mencanang galak atas kejayaannya mematahkan semangatku.


















Takbur angkuh persis iblis yg hidup penuh nafsu & tak kenal maut. Gelak mengilai tanda kepuasan matlamat tercapai.

SAYA SEORANG POSITIF.

Tahajud , taubat , muhasabah menjadi ubat. Aku tidak kalah semangat sebaliknya menang menjaga akidah. Bukan mengalah sebaliknya enggan mengikut langkah tari iblis bertopeng manusia. Allah Maha Kuasa & hanya padaNya ku berserah. Dialah pelindung sejati selama2nya. Kau syirik bakal beriring ke neraka bersama jin belaanmu.

SAYA SEORANG POSITIF.

Walau pelbagai usaha dibuat gagal mengekang jin laknatullah & manusia bertopeng iblis. Aku pilih mengundur diri untuk menyelamat akidah. Aku pilih menarik diri keluar dari daerah tercinta ini dari terjebak sesat akidah bila kesabaranku pecah.

Rezeki ku mungkin bukan di sini tetapi yakin Allah Maha Adil. Gantian bakal mendatang aku yakin lebih hebat ganjarannya.







SAYA SEORANG POSITIF.

Kepada warga Segamat kalian semua insan terbaik pernah hadir dalam hidupku. Namun iblis bertopeng manusia itu membawa onar. Merosak seluruh daerah dengan syiriknya. Mungkin itu Allah turunkan bala banjir tak jemu melanda ? Untuk menghanyut kemungkaran di bumi tercinta ?

Sesuatu untuk kita renungkan ...

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli