Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui Terlebih Dahulu Garis Panduan Ini Dalam Memberikan Gajet Kepada Anak-Anak, Agar Ianya Bersesuaian Dengan Peringkat Umur Mereka

No Comment

Pemberian gajet pada anak-anak pada masa kini dilihat sudah menjadi kebiasaan ke[ada mereka, ramai di antara ibu bapa yang menggunakan pendekatan memberi gajet sebagai salah satu cara bagi membuatkan anak-anak diam.

Namun begitu, sebelum membuat keputusan untuk beri anak-anak bermain dengan gajet, ketahui dahulu apakah saranan yang telah dutetapkan, besesuaian dengan umur anak-anak.

Menurut perkongsian dari saudara Hafiz Sulaiman, terdapat beberapa rekomendasi yang telah disarankan oleh American Academic of Paediatric (AAP) dalam memberikan gajet kepada anak-anak.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


SARANAN PENGGUNAAN GAJET PADA ANAK-ANAK

Sudah bertahun lamanya American Academy of Paediatric (AAP) mengesyorkan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak didedahkan langsung kepada media elektronik dan gajet seperti telefon, komputer, tablet dan juga televisyen. Tahun lalu, AAP mengeluarkan garis panduan baharu yang lebih realistik mengambil kira kemajuan teknologi kian pesat.

Antara rekomendasi AAP:

1) Anak-anak di bawah usia 18 bulan

* Elakkan media skrin

2) Anak-anak usia 18-24 bulan

* Pilih program kualiti tinggi
* Ibu bapa perlu menonton bersama dan membimbing anak-anak berkenaan kandungan tontonan.

3) Anak-anak usia 2-5 tahun

* Hadkan sejam sehari program berkualiti tinggi.
* Tonton bersama anak-anak dan fahamkan mereka serta aplikasikan kepada dunia sebenar.

4) Anak-anak melebihi 6 tahun

* Letak had masa dan jenis media yang ditonton.
* Pastikan media tidak mengganggu waktu tidur, aktiviti fizikal dan apa-apa aktiviti yang penting untuk kesihatan.

5) Waktu tanpa elektronik

Bina waktu bersama tanpa media elektronik seperti sewaktu makan malam, memandu dan juga lokasi bebas media elektronik seperti bilik tidur.

6) Terangkan mengenai penggunaan atas talian

Penerangan berterusan mengenai tatacara pengguna atas talian (online) seperti keselamatan dan juga menghormati warga online dan juga diluar talian (offline).

Penting untuk diambil perhatian ialah walaupun lanskap media berubah senantiasa seiring dengan kemajuan teknologi, cara didikan keibubapaan yang sama masih terpakai. Ibubapa memainkan peranan penting mengawal dunia media anak-anak sebagaimana pendidikan diluar skop media. Ia sangat penting supaya penggunaan media dapat dimanfaatkan supaya memberi kesan positif kepada anak-anak.

- Siakap Keli

BACA: Mungkin Boleh Berikan Telefon Kepada Anak, Tapi Jangan Sesekali Benarkan Mereka Mempunyai Aplikasi Sosial 'Instant Messenger' Seperti Wechat, Atau Yang Seangkatan Dengannya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli