Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepada Wanita Diluar Sana, Kalau Nak Demand Hantaran Tinggi-Tinggi Boleh, Tapi Mesti Kena Ada 5 Ciri Dibawah

Kredit foto: bnsyg-stories.

Bila ada saja majlis perkahwinan, soalan yang wajib timbul adalah: 'Berapa wang hantaran?'. Biasanya, jumlah wang hantaran diukur dengan latar belakang pendidikan pengantin perempuan.
Cara itu tak salah tetapi selain pendidikan ada lagi benda-benda lain yang boleh menjadi pengukur kepada jumlah wang hantaran. Antaranya dari sudut rohani, disiplin dan lain-lain.

Kepada bakal pengantin perempuan tu, jawab dulu sama ada anda mempunyai ciri-ciri di bawah sebelum minta hantaran tinggi-tinggi dari bakal suami.

1 - Bukan seorang 'Bimbo'

Pernah dengar perkataan bimbo? Perkataan bimbo ditujukan kepada wanita yang sempurna fizikalnya tapi sayangnya tidak menggunakan akal sebaik mungkin. Dengan kata lain, bimbo adalah 'tin kosong'.

Lebih dari itu, wanita jenis bimbo juga terkenal dengan sifat suka menghabiskan wang sahaja. Kalau dah berkahwin tu, faham-faham je la kan wang siapa yang akan jadi mangsa.


via GIPHY




2 – Bukan “kaki tidur”

Kalau jam dah pukul 8-9 pagi tapi masih terlingkup dalam selimut macam mana nak kahwin?

Cuba bayangkan, suami dah siap-siap nak pergi kerja tapi si isteri baru sibuk lipat-lipat selimut sebab baru lepas mengeram dalam selimut. Macam mana suami nak sayang kalau perangai macam tu?

Kalau anda berjaya bangun jam 5-6 pagi setiap hari, itu bermakna anda seorang yang berdisiplin dan itu adalah ciri-ciri wanita yang sangat dicari oleh lelaki.

Isteri yang berdisiplin boleh membentuk suami yang bertanggungjawab seterusnya menjurus kepada keluarga yang bahagia.


via GIPHY


3 - Yang wajib tu sudah lengkap ke?

Selain bijak pandai, si suami juga mahukan seorang isteri yang bagus dalam sudut rohaninya. Ye lah, biasanya orang yang lengkap agamanya ni orang yang baik-baik, hormat orang tua, dengar kata dan lain-lain.

Wanita yang bagus dari sudut rohani bukan saja boleh membantu suami memimpin keluarga, malah boleh dijadikan role model untuk diikuti oleh anak-anak dan dihormati oleh suami.


via GIPHY


4 - Bukan seorang playgirl

Adakah anda seorang yang setia? Adakah dalam senarai kenalan di telefon tak ada nombor-nombor ex ataupun crush di universiti dulu?

Apa guna jika bakal suami bayar hantaran mahal-mahal tapi di mesej WhatsApp bertimbun-timbun mesej melayan orang lain kan?

Malah, si suami sanggup mengorbankan saat-saat akhir di waktu bujangnya untuk mengumpul wang semata-mata untuk membayar duit hantaran.



via GIPHY

5 - Bijak Melabur
Wanita yang bijak sedar akan kepentingan 'melabur' untuk diri sendiri.

Sebagai contoh, wanita yang begitu komited menjaga kesihatan badan secara dalaman dan luaran akan sanggup berhabisan wang untuk mengamalkan makanan tambahan yang bagus seperti contoh: InnerShine.

Jadi, tanya kepada diri sendiri: 'Adakah saya sudah melabur untuk diri saya setiap hari?'. Jika ya, barulah boleh minta hantaran tinggi-tinggi dari bakal suami.

Tak pun, simpan resit-resit masa beli InnerShine, lepas tu nanti dah kahwin claim la dengan suami.


Adakah anda lepas kelima-lima ciri diatas?

Nah, kalau sudah lepas kelima-lima soalan kat atas, boleh la bawa-bawa berbincang dengan bakal suami untuk 'up kan' sikit wang hantaran.

Tapi ingat, berkahwin bukannya mengenai wang hantaran semata-mata. Ianya lebih kepada bagaimana suami dan isteri bekerjasama untuk pastikan kebahagiaan hingga ke hujung akhir hayat.

Artikel ini dibawakan oleh: InnerShine Malaysia.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli