Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kembangkan Perniagaaan Sehingga Ke Pasaran Antarabangsa, Anda Mungkin Boleh Capai Impian Tersebut Dengan Fahami 8 Nasihat Ini

No Comment

Setelah sekian lama memulakan perniagaan, kita pasti punya keinginan untuk melebarkan sayap, dari sebuah kedai, kemudian telah berkembang ke beberapa kawasan atau negeri, dan seterusnya ingin mencuba ke pasaran antarabangsa.

Dalam merancang untuk membawa produk atau perniagaan ke pasaran antarabangsa, saudara Ikram Al-Banjari telah kongsikan beberapa tip yang perlu dilakukan oleh para peniaga supaya ianya boleh dieksport de luar negara.

Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk tip akan perkara ini.


Berikut ialah nasihat saya untuk pemilik bisnes yang mahu produknya boleh menembusi pasaran antarabangsa.

Dan produk yang paling mudah dibawa keluar dan mendapat tempat dalam pasaran luar ialah yang berada dalam kategori makanan, minuman. Ini termasuklah produk kesihatan dan kecantikan.

1. Pastikan packaging produk itu ada imej ' international look'.

2. Pastikan butiran pada label dan packaging dibuat dalam bahasa Inggeris atau bahasa negara yang mahu dipasarkan itu.

3. Pastikan juga produk kita mempunyai jangka hayat bagus. Buat sedikit kajian untuk perkara ini.

4. Pastikan produk kita dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP dan melepasi piawai HaCCP.
5. Kilang yang mempunyai pensijilan Halal adalah satu Bonus. Halal Jakim Malaysia adalah antara yang paling diminati oleh negara luar.

6. Pastikan kilang kita mampu mengeluarkan kapasiti eksport yang sesuai dengan permintaan.

7. Sekiranya produk kita dalam kategori Home Made, cuba cari mana-mana kilang yang boleh membantu mengeluarkan produk kita secara OEM.

8. Pastikan kita rajin membuat validasi pasaran dengan pengiklanan media sosial. Sasarkan khusus kepada negara yang kita mahu eksport bagi melihat feedback.

Tag rakan kongsi anda dan share info ini. Semoga bermanfaat.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan.

- Siakap Keli

BACA: Pesan Abang Terlajak Laris Buat Mereka Yang Serius Untuk Berjaya Dalam Perniagaan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli