Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kejap... Minum Air Kejap.." - Video Agung Buka Sendiri Botol Air Minuman Curi Perhatian Ramai



Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sememangnya terkenal dengan sifat baginda yang berserdahana dan tidak terlalu mengikut protokol.

Malah hari ini video baginda membuka sendiri botol air sebelum meminum air dari botol terbabit menjadi viral di media sosial.

"Sekejap... minum air kejap (minum air sekejap),"titah Seri Paduka ringkas selepas mencapai air botol mineral, membuka penutupnya dan meminumnya.

Aksi terbabit disiarkan secara langsung di RTM1 dan rakaman memaparkan ramai Anggota Parlimen tersenyum.

Di media sosial pula, ramai berkongsi video terbabit dan menyifatkan baginda sebagai seorang yang merendah diri.

Sultan Muhammad V hari ini merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 dan baginda bertitah menegaskan bahawa isu pembangunan perumahan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan perlu terus diberi perhatian kerajaan agar rakyat tidak terus terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan terpinggir dengan arus pembangunan.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April ini sebelum tumpuan beralih kepada persidangan Dewan Negara selama 10 hari dari 17 April hingga 27 April.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli