Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kasut IGNITE Limitless Laku Terjual, PUMA Nasihat Orang Ramai 'PM' Saiz Dulu Sebelum Pergi Beli


Rekabentuk mengancam kasut PUMA IGNITE Limitless berjaya memikat hati penggemar kasut di Malaysia apabila kasut itu laris terjual di pasaran negara ini.

Kasut yang membawa tema jalanan itu didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, merah dan grey dan digayakan oleh artis-artis terkemuka tempatan dan luar negara.


Bagaimanapun, permintaan yang banyak dari orang ramai menyebabkan kasut-kasut tersebut hampir kehabisan stok biarpun PUMA telah mengedarkan kasut-kasut tersebut ke semua kedainya di Malaysia. Ini sekaligus menyebabkan ramai yang kecewa apabila pergi ke kedai tapi sudah kehabisan saiz.

Disebabkan itu, PUMA menasihati orang ramai agar private message (PM) dahulu Facebook PUMA Malaysia di https://www.facebook.com/PUMAMalaysia  untuk bertanyaan availability dan lokasi kedai sebelum keluar membeli bagi mengelakkan sebarang kekecewaan.

Kedai-kedai PUMA boleh ditemui di Pavilion, KLCC, NU Sentral, The Gardens, Bangsar, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Bandaraya Melaka, Gurney Paragon, Queensbay, Komtar JBCC, Genting, Palm Mall, Putra Mall), Al-Ikhsan (15 kedai terpilih), Royal Sporting House (Stadium Pavilion, Stadium Pavilion & 1 Utama), LEA Sports (CityOne Megamall Kuching, Sarawak Plaza), Original Classic (Setia City Mall), Life Habitat S/B (Prai) dan Jade Eservices Malaysia Sdn Bhd, Sunlight & M Corporate.


Kasut PUMA IGNITE Limitless mula dicari orang ramai apabila ia diperagakan oleh penyanyi terkenal, The Weeknd dalam satu video kempen promosi baru-baru ini.

Kasut IGNITE Limitless yang diperagakan oleh The Weeknd

Sambutan Run The Street, 50 Jemputan Untuk Dimenangi

Dalam pada itu, PUMA juga akan mengadakan sambutan bagi kempen Run The Street (RTS) pada 24 Mac ini dengan jemputan yang terhad.

Bagaimanapun, PUMA menjalankan satu pertandingan khusus bagi membolehkan orang ramai menyertai sambutan terbabit. Sebanyak 50 jemputan berpasangan disediakan untuk dimenangi.

Untuk merebut peluang memenangi jemputan ke sambutan ini, orang ramai cuma perlu mendapatkan sepasang kasut PUMA IGNITE Limitless atau PUMA evoKNIT, mengambil gambar terbaik bersama kasut tersebut dan memuat naik gambar berkenaan ke media sosial bersama dengan hashtag #RUNTHESTREET.

Bagi yang sudah membeli salah satu dari kasut-kasut tersebut, ini peluang yang baik untuk mula memuat naik gambar. Bak kata mat saleh: 'the early bird gets the worm'. Yang belum ada tu, cepat-cepat ke laman Facebook PUMA Malaysia menerusi pautan : https://www.facebook.com/PUMAMalaysia untuk PM saiz.

Lihat poster di bawah untuk arahan yang lebih lengkap.


Artikel ini dibawakan oleh: PUMA MALAYSIA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli