Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Islam Agama Paling Pantas Berkembang di Dunia - Kajian Pew



Hari ini, Islam merupakan agama kedua terbesar di dunia, dengan anggaran kasar 1.6 billion orang Islam di dunia pada 2010 atau 23% dari populasi global.

Bagaimanapun, menurut satu kajian dari Pew Research Centre, Islam dijangka akan menjadi agama terbesar di dunia pada 2070.

Ini disebabkan populasi Muslim paling pantas berkembang jika dibandingkan dengan agama-agama lain.

Jangkaan perkembangan populasi mengikut agama dari 2010 ke 2050
Kata kajian itu lagi, orang Muslim dilihat menghasilkan lebih ramai anak berbanding dengan agama lain. Secara puratanya, setiap wanita Muslim melahirkan 3.1 anak manakala agama-agama lain pula cuma melahirkan 2.3 anak jika digabungkan.

Sumber: BBC
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli