Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Ia Lebih Sukar Dari Apa Yang Saya Bayangkan' - Wanita di India Lahirkan Anak Pertama Pada Usia 72 Tahun, Akui Badan Tidak Mampu



Seorang ibu di India berjaya melahirkan anak pertamanya di usia 72 tahun pada 19 April tahun lepas. Namun, wanita yang kini berusia 73 tahun itu mengakui sejak melahirkan anak, dia mengalami masalah tekanan darah tinggi dan lemah sendi.

Anaknya yang bernama Armaan juga terkesan apabila mengalami pertumbuhan lambat kerana ibunya terpaksa berhenti dari menyusu di usia bayi berkenaan tiga bulan.

"Darah tinggi yang saya alami telah melarat dan saya cepat penat sekarang ni. Saya juga telah berjumpa beberapa doktor tetapi mereka cuma berikan saya ubat dan pelan diet.

"Saya sangat risaukan Armaan. Saya kena jaga kesihatan saya tapi saya kena jaga Armaan juga.

"Badan saya tak mampu lagi. Ianya lebih sukar dari yang saya bayangkan" kata kata Daljinder Kaur.

Daljinder melahirkan bayi berkenaan selepas 46 tahun berkahwin.

Suaminya, Mohinder Singh Gill, 80, bersetuju membuat rawatan IVF selepas gagal mendapatkan anak.



Seorang doktor, Dr Anurag Bishnoi, 43, bersetuju untuk membantu pasangan itu mendapatkan anak.

Armaan Singh, yang akan berusia setahun bulan depan, hanya seberat 1.6kg ketika lahir dan kini dia hanya seberat 6.8kg.

"Dia masih dibawah berat badan normal," kata Daljinder.

"Dia sangat kurus dan lampin pun tidak muat. Itu mungkin kerana saya tidak memberinya makan dengan sempurna.

"Saya mula berhenti menyusu apabila dia berusia tiga bulan selepas susu saya tidak menjadi.

Daljinder juga turut bertanya doktor apa-apa ubat untuk diberi kepada Armaan namun doktor mengesyorkan untuk membiarkan bayi terbabit menambah berat secara semulajadi.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli